Kerajaan yakin dapat merealisasikan sasaran untuk membina kira-kira 1 juta Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang 2018.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ini kerana hanya 23.3 peratus atau 268,018 unit sahaja perlu dibina tahun depan bagi melengkapkan sasaran.
Beliau berkata sebanyak 76.7 peratus atau 883,412 unit RMM sudah pun siap dibina sehingga 30 Sept lepas.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 500,000 unit dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB; 150,000 unit oleh kerajaan negeri manakala bakinya oleh pihak swasta dan kementerian mengikut kumpulan sasar masing-masing.
"InsyaAllah, 1 juta rumah mampu milik akan siap dibina pada 2018," katanya ketika merasmikan Rumah Contoh Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi di sini, semalam.
"Ini janji kerajaan BN untuk membina rumah buat rakyat yang merangkumi kepelbagaian pendapatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Halimah menggesa agar setiap kerajaan negeri tidak terlalu berharap kepada kerajaan pusat dalam membina rumah mampu milik di negeri masing-masing.
Menurutnya, kerajaan negeri boleh mengambil inisiatif sendiri tanpa perlu bersandarkan kepada projek perumahan yang dibangunkan pihak swasta semata-mata.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga harus menentukan supaya pemaju mematuhi dasar perumahan negeri bagi membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) bernilai RM300,000 ke bawah untuk membolehkan golongan berpendapatan RM2,500 ke bawah memilikinya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2016

HALIMAH: Kerajaan yakin dapat merealisasikan sasaran untuk membina kira-kira 1 juta Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang 2018. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

KPN, KBS anjur Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022, platform pupuk perpaduan dalam sukan
Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan menyemai semangat perpaduan dalam sukan.

Cadangan SOP Thaipusam: Bawa 'kavadi', mandi sungai berkumpulan tidak dibenarkan
Cadangan prosedur operasi standard (SOP) perayaan tersebut akan diangkat untuk diluluskan menerusi tiga mesyuarat yang dijangka pada 13 hingga 15 Disember ini.

Dewan Rakyat: PTPN diolah ikut acuan Malaysia
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pelan itu kini berada pada peringkat akhir sebelum ia siap sepenuhnya.

Kelab dan sekretariat Rukun Negara akan diperhebat - Halimah Sadique
KRN di peringkat sekolah rendah dan menengah serta SRN di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperhebat bagi usaha meletakkan lima prinsip asas itu dalam sistem pendidikan.

Sarawak contoh perpaduan kaum dan agama - Halimah Sadique
Sarawak adalah negeri yang boleh dijadikan contoh atau modul mengenai kepelbagaian, toleransi dan perpaduan antara kaum serta agama di negara ini.

Sarawak terima geran Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan KRT
Kerajaan negeri Sarawak menerima geran Kerajaan Persekutuan bernilai RM3,615,800.00 bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu.

Usaha perangi COVID-19 kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia - Halimah
Ini termasuk usaha yang dilakukan oleh mereka, sama ada yang bekerja di barisan hadapan atau yang duduk mengasingkan diri di rumah.

253 projek perumahan swasta terbengkalai sejak 2009 - Noh
Sebanyak 253 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dari 2009 sehingga kini.

Kerajaan siapkan 115 projek PPR di seluruh negara - Halimah
Kerajaan telah menyiapkan 115 projek PPR melibatkan 81,352 unit di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Kerajaan yakin 1 juta Rumah Mampu Milik dibina menjelang 2018
Kerajaan yakin dapat merealisasikan sasaran untuk membina kira-kira 1 juta Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang 2018.