KUALA LUMPUR: Upacara membawa 'kavadi' dan ritual mandi di sungai secara berkumpulan merupakan antara aktiviti yang dicadangkan tidak dibenarkan semasa sambutan Thaipusam bulan hadapan.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique bagaimanapun berkata, cadangan prosedur operasi standard (SOP) perayaan tersebut akan diangkat untuk diluluskan menerusi tiga mesyuarat pada 13 hingga 15 Dis ini.
"Segala keperluan dalam sesi libat urus dan cadangan SOP tersebut akan diangkat ke mesyuarat berikut untuk kelulusan.
"Pertama, Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang dijangka diadakan pada 13 Dis.
"Kedua, Mesyuarat Kuartet Menteri yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, yang dijangka diadakan pada 14 Dis. Dan, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri yang dijangka pada 15 Dis.
"Setelah mendapat keputusan mesyuarat, surat makluman kelulusan SOP akan dihantar kepada pemimpin-pemimpin agama dan kenyataan media disediakan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan V Sivakumar (PH-Batu Gajah) yang meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan SOP yang telah dirangka untuk sambutan Hari Thaipusam pada 18 Jan 2022.
Menurutnya, ia penting bagi membolehkan pihak kuil yang terlibat dan penganut-penganut membuat persediaan awal untuk sambutan tersebut.
Menurut Halimah, cadangan SOP tersebut dirangka hasil sesi libat urus pada 2 Dis lalu yang dihadiri 10 pemimpin agama Hindu dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Johor.
Antara cadangan yang dikemukakan adalah membenarkan upacara sembahyang mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dan membenarkan perarakan kereta berhala 'silver chariot' tertakluk kepada beberapa ketetapan.
Selain itu, penganut yang meraikan Thaipusam turut dibenarkan membawa 'paal koodam' (belanga berisi susu) dan mencukur rambut.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Dec 07 2021

Halimah berkata, cadangan SOP perayaan Thaipusam dirangka hasil sesi libat urus pada 2 Dis lalu. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Young Syefura minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.