Kerajaan telah menyiapkan 115 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 81,352 unit di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Beliau berkata 36 projek PPR kini di peringkat pembinaan dengan jumlah unit sebanyak 16,362 dan 18 projek lagi masih dalam pelbagai peringkat perancangan yang merangkumi 5,182 unit.
"Daripada jumlah tersebut, kerajaan persekutuan telah menyiapkan dua projek PPR di Negeri Sembilan yang meliputi 570 unit rumah. Dua projek PPR itu ialah PPR Senawang melibatkan 420 unit rumah yang telah siap pada 2006 dan PPR Ladang Siliau (150 unit rumah) yang telah siap 2013," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis perasmian permulaan kerja PPR Rantau oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dekat sini, pada Isnin.
Katanya, selain itu, tiga projek sedang dilaksanakan iaitu PPR Rantau, Seremban (100 unit rumah teres 1 tingkat) dijangka siap 2018, PPR Ladang Tanah Merah, Port Dickson (100 unit rumah teres satu tingkat) dijangka siap 2017 dan PPR Rembau (452 unit rumah teres satu tingkat) yang dijangka siap pada 2018.
"Kementerian saya telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan pusat dalam membantu merealisasikan hasrat kerajaan menyediakan satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun (2013-2017) dengan penglibatan pelbagai agensi lain seperti Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.
"Melalui program seperti PPR dan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), kementerian akan terus merancang dan melaksanakan hasrat kerajaan dalam meningkatkan penawaran rumah mampu milik di pasaran negara," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini, KPKT telah berjaya menyiapkan, membina dan merancang 50,156 unit rumah atau 82.5 peratus daripada sasaran 60,789 unit rumah untuk disiapkan menjelang tahun 2018.
"Baki 10,633 unit rumah atau 17.5 peratus lagi, kementerian akan teruskan pada tahun ini bagi memastikan rakyat berkelayakan dapat memiliki rumah yang diidamkan," katanya.
Mengenai projek PPR Rantau, beliau berkata ia akan dibangunkan di atas tapak seluas 6.1 hektar dengan kos pembinaan RM15.9 juta.
Halimah berkata projek ini terdiri daripada 100 unit rumah teres satu tingkat dengan keluasan 700 kaki persegi termasuk tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan ruang dapur.
"Projek ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, tapak gerai, tadika, pusat komuniti dan gelanggang futsal bagi kemudahan penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017

Kerajaan telah menyiapkan 115 projek PPR melibatkan 81,352 unit di seluruh negara, kata Datuk Halimah Mohamed Sadique. - Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

KPN, KBS anjur Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022, platform pupuk perpaduan dalam sukan
Liga Sukan Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan menyemai semangat perpaduan dalam sukan.

Cadangan SOP Thaipusam: Bawa 'kavadi', mandi sungai berkumpulan tidak dibenarkan
Cadangan prosedur operasi standard (SOP) perayaan tersebut akan diangkat untuk diluluskan menerusi tiga mesyuarat yang dijangka pada 13 hingga 15 Disember ini.

Dewan Rakyat: PTPN diolah ikut acuan Malaysia
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pelan itu kini berada pada peringkat akhir sebelum ia siap sepenuhnya.

Kelab dan sekretariat Rukun Negara akan diperhebat - Halimah Sadique
KRN di peringkat sekolah rendah dan menengah serta SRN di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperhebat bagi usaha meletakkan lima prinsip asas itu dalam sistem pendidikan.

Sarawak contoh perpaduan kaum dan agama - Halimah Sadique
Sarawak adalah negeri yang boleh dijadikan contoh atau modul mengenai kepelbagaian, toleransi dan perpaduan antara kaum serta agama di negara ini.

Sarawak terima geran Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan KRT
Kerajaan negeri Sarawak menerima geran Kerajaan Persekutuan bernilai RM3,615,800.00 bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu.

Usaha perangi COVID-19 kukuhkan perpaduan rakyat Malaysia - Halimah
Ini termasuk usaha yang dilakukan oleh mereka, sama ada yang bekerja di barisan hadapan atau yang duduk mengasingkan diri di rumah.

253 projek perumahan swasta terbengkalai sejak 2009 - Noh
Sebanyak 253 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dari 2009 sehingga kini.

Kerajaan siapkan 115 projek PPR di seluruh negara - Halimah
Kerajaan telah menyiapkan 115 projek PPR melibatkan 81,352 unit di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Kerajaan yakin 1 juta Rumah Mampu Milik dibina menjelang 2018
Kerajaan yakin dapat merealisasikan sasaran untuk membina kira-kira 1 juta Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang 2018.