Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi dana tambahan kepada yayasan pembangunan yang terlibat dalam Bajet 2017, yang akan diumumkan pada Oktober, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, pihaknya telah menerima senarai beberapa yayasan yang memohon untuk menambah dana dan sedang meneliti permintaan tersebut.
"Saya akan lihat (permohonan) yayasan yang lain sewaktu saya menggubal Belanjawan Negara pada bulan Oktober ini.
"Saya akan teliti permohonan anda dalam konteks, termasuk semua yayasan dan dana lain yang telah diwujudkan," katanya semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun kelima Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEF) di Setia Alam di sini hari ini.
Jelasnya, peruntukan tambahan yang akan diumumkan itu nanti juga bergantung kepada keperluan dan kemampuan kerajaan.
Menurut Najib, kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai saluran bagi membantu rakyat.
"Kerajaan akan sentiasa mewujudkan saluran sebanyak mungkin untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah," katanya.
Ujarnya, MCWEF adalah antara yayasan yang berjaya menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi selepas menerima peruntukan disediakan kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
"Yayasan ini sebelum ini telah diberikan peruntukan RM30 juta. Saya diberitahu yayasan ini sangat berdisiplin sehingga pegawainya pun tidak boleh tuntut (perbelanjaan untuk) perjalanan.
"Ini adalah contoh bagaimana komitednya mereka," katanya.
Najib juga melahirkan penghargaan kepada golongan wanita yang dilihat lebih prihatin dan cepat dalam membuat pembayaran balik pinjaman.
"Wanita ini sangat prihatin. Saya percaya mereka boleh membayar balik kerana wanita sangat bersemangat. Tahniah wanita," katanya lagi.
Najib dalam pada itu memuji komitmen diberikan usahawan wanita yang menerima pinjaman kewangan daripada MCWEF dengan 93 peratus daripada mereka berjaya membayar balik pinjaman kepada yayasan.
Sehubungan itu, beliau mengumumkan kenaikan had pinjaman maksimum MCWEF daripada RM20,000 kepada RM30,000 dan penurunan kadar faedah pinjaman yang ditetapkan daripada lima peratus kepada empat peratus.
"Saya harap wanita-wanita yang menerima pinjaman ini akan menjalankan perniagaan dengan baik, tekun dan mereka akan menjadi penyumbang kepada ekonomi Malaysia," tambahnya.
Sehingga kini, katanya, MCWEF yang ditubuhkan sejak lima tahun lepas dengan dana RM30 juta, berjaya melahirkan 2,300 wanita yang maju dalam perniagaan masing-masing.
Rahimah Abdullah
Sat Aug 06 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiba pada majlis penghargaan dan sambutan ulang tahun kelima Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEF) di Menara Top Glove, Setia Alam, Shah Alam hari ini. - fotoBERNAMA
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Dana tambahan TEKUN Nasional usaha murni, namun perlu tambah baik - Pakar ekonomi
TEKUN Nasional telah memperuntukkan jutaan ringgit pembiayaan kepada usahawan informal serta mikro yang layak.
Kerajaan sedia dana tambahan kepada UniKL wujud latihan kepada pensyarah TVET - PM Anwar
Kerajaan akan menyediakan dana tambahan kepada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk mengadakan latihan kepada tenaga pengajar dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), kata Perdana Men
Belanjawan 2023: KSM usul dana tambahan bagi perlindungan keselamatan untuk suri rumah
Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengusulkan dana tambahan bagi perlindungan keselamatan golongan suri rumah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Belanjawan 2023.
Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual.
DKB: Teraju mohon dana tambahan RM10 bilion menerusi RMK-12
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Md Silmi Abd Rahman berkata, jumlah tersebut meliputi sebanyak RM2 bilion sebagai bajet tahunan dalam tempoh lima tahun.
Pendanaan antara cabaran terbesar sukan negara - Syed Saddiq
Antara perkara yang berjaya dilakukan dalam tempoh itu ialah mendapat tajaan berjumlah RM5 juta bagi persiapan atlet ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, jumlah terbesar yang pernah diterima KBS.
Atlet negara bakal terima rawatan setaraf kakitangan kerajaan
Kabinet Malaysia bersetuju dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa nasib wira sukan negara perlu terus dibela.
Guan Eng kesal reaksi pimpinan Pas yang berat sebelah
Sejak zaman kerajaan pusat ditadbir Barisan Nasional lagi, kerajaan negeri Kelantan sentiasa terdesak mencari wang untuk membayar gaji dan emolumen anggota pentadbirannya.
Kerajaan timbang beri yayasan pembangunan dana tambahan
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, pihaknya telah menerima senarai beberapa yayasan yang memohon untuk menambah dana dan sedang meneliti permintaan tersebut.