Kerajaan tidak akan sesekali menyokong cadangan industri tembakau untuk mengembalikan semula bungkusan rokok 'kiddie pack' atau pek mini 10 batang bagi menangani penularan rokok haram.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata cadangan itu adalah alasan pelobi-pelobi industri bahawa ia mampu mengekang kegiatan rokok seludup dan haram yang menyebabkan peningkatan perokok di negara ini.
Beliau berkata jika kerajaan setuju, cadangan itu bertentangan dengan Dasar Kebangsaan Tembakau Negara dan Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)-Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC).
"Pihak industri konon hendak bantu kerajaan kawal rokok haram dengan memperkenal paket rokok 10 batang dan harga murah kerana pek 20 batang mahal dan menggalakkan orang ramai mencari rokok haram.
"Ini adalah agenda tersembunyi mereka untuk meningkatkan lagi jumlah perokok di negara ini dan kementerian tidak akan menyokong cadangan yang bercanggah dengan etika perubatan," katanya.
Dr Subramaniam berkata demikian pada Majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2017 di sini malam ini.
Beliau berkata apabila kerajaan bertindak meningkatkan duti eksais rokok, jumlah perokok pula meningkat dengan mereka beralih kepada rokok haram yang murah.
"Kira-kira 52 peratus rakyat merokok rokok haram kerana ia mudah didapati dan murah. Ini amat membimbangkan," katanya.
Beliau berkata penyelesaian membanteras tabiat merokok bukan terletak pada pembungkusan semula pek rokok tetapi pada tahap kesedaran dan pendidikan dalam kalangan masyarakat.
Dr Subramaniam berkata pihaknya menganggarkan lima juta atau 23 peratus rakyat negara ini adalah perokok berusia 15 hingga 50 tahun.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam memuji Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang berfungsi membasmi rokok seludup secara konsisten dan efektif.
Pada majlis itu, 220 premis dari seluruh negara yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok secara sukarelawan menerima pensijilan Kempen Blue Ribbon yang diperkenalkan pada 2013.
Dr Subramaniam turut menyampaikan sijil penghargaan dan trofi kepada pengamal media bagi kategori Anugerah Media Blue Ribbon 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2018

SUBRAMANIAM: Pihak industri konon hendak bantu kerajaan kawal rokok haram dengan memperkenal paket rokok 10 batang dan harga murah kerana pek 20 batang mahal dan menggalakkan orang ramai mencari rokok haram. -Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kerajaan tidak terima cadangan kembalikan rokok pek 'kiddie'
Cadangan itu adalah alasan pelobi-pelobi industri bahawa ia mampu mengekang kegiatan rokok seludup dan haram yang menyebabkan peningkatan perokok di negara ini.