KUALA LUMPUR: Pemilikan rumah pertama menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI) akan terus menikmati pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM500,000, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Menurut MoF, selain itu pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta di bawah inisiatif yang sama.
"Layanan duti setem ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Dis 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
MoF berkata pengecualian duti setem ini diadakan di bawah Program Pemilikan Rumah (HOPE), di mana pemilikan rumah pertama menerusi i-MILIKI akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.
"Sepertimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023, kerajaan akan meneruskan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat," katanya.
Selain itu, MoF berkata kerajaan juga telah bersetuju supaya duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya, terhad kepada RM1 juta pertama nilai harta tanah.
"Baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi remisi sebanyak 50 peratus atas duti setem yang dikenakan.
"Layanan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan mulai 1 April 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023

Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

i-MILIKI kecualikan duti setem bagi pembelian rumah pertama - PM
Kerajaan mengumumkan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif i-MILIKI yang bermula berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.