KUALA SELANGOR: Kerajaan terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan sosio-ekonomi komuniti nelayan di negara ini dengan memperuntukkan subsidi dan insentif pelbagai dalam meningkatkan produktiviti golongan tersebut.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan mencadangkan untuk menaikkan peruntukan subsidi serta insentif kepada RM1.8 bilion bagi industri pertanian dan perikanan pada tahun hadapan.
Tambahnya, subsidi dan insentif hasil tangkapan nelayan juga dicadang untuk dinaikkan kepada RM178.2 juta.
“Pada tahun ini sahaja, kerajaan menyediakan RM1.7 bilion untuk subsidi dan insentif bagi industri ini, manakala insentif hasil tangkapan nelayan pula melibatkan jumlah RM151.2 juta.
“Bagi nelayan darat, mereka akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM250 selama 12 bulan dan itu bersamaan RM3,000 setahun. Justeru itu, saya mengharapkan para nelayan dapat maklum tentang perkara ini dan terus memohon insentif disediakan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Santai Petang TZA Bersama Para Nelayan Selangor dan penduduk sekitar Sungai Sembilang, Kuala Selangor pada Jumaat.
Bagi nelayan laut pula, mereka akan menerima elaun sebanyak RM300 sebulan selama 12 bulan dengan keseluruhan RM3,600 setahun.
Kerajaan juga mencadangkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi projek peningkatan produktiviti nelayan B40 negeri-negeri bagi bantuan kemudahan dan peralatan perikanan kepada nelayan pantai.
Zafrul turut memuji nelayan-nelayan muda di Sungai Sembilang yang mula menceburi sektor pelancongan dengan membawa pelancong melakukan aktiviti memancing dan eagle feeding (memberi makan kepada burung helang) selain melawat daya tarikan seperti Sky Mirror.
Dalam pada itu, menurut Zafrul, kerajaan juga tidak melupakan industri pelancongan homestay (inap desa) dengan memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi geran pembaikan kepada pemilik inap desa berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
“Pada tahun hadapan, kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi penganjuran program pelancongan, seni dan budaya serta membaik pulih hotel bajet dan inap desa berdaftar.
“Saya dimaklumkan terdapat sebanyak 12 buah homestay berdaftar dengan MOTAC di sini, malah ditubuhkan koperasi bagi menyelaras aktiviti selain bergiat dalam industri hiliran pelancongan termasuk membuat bahan kraftangan berdasarkan kelapa dan juga tekstil. Saya memuji inisiatif dilakukan mereka,” ujarnya.
Zafrul sementara itu turut menyumbang sebanyak RM10,000 bagi setiap jeti, kepada tujuh buah jeti nelayan dilawati khususnya bagi pembaikan kecil hingga projek naik taraf bagi kemudahan para nelayan di Sungai Sembilang.
Haikal Raman
Sat Oct 29 2022

Tengku Zafrul melawat kolam sotong kurita ketika sesi santai petang bersama TZA dan para nelayan di Sungai Sembilang, Kuala Selangor pada Jumaat.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.

UMNO perlu bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri
Tengku Zafrul berkata kritikan, jika perlu disampaikan, sebaiknya menerusi platform yang disediakan.

Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).

MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.

Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.

Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.

Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.

Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.

MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.