Proton Perdana kini tidak lagi dijual dalam pasaran, sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memilih kereta jenis lain, sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Sabtu menjelaskan, ketika kontrak pembekalan kenderaan diumumkan, pihaknya tidak mendapat pengesahan sama ada jumlah Proton Perdana akan mencukupi atau tidak, sehingga pilihan alternatif terpaksa dibuat.
"Ini kerana ada yang tidak tahu bahawa sekarang kereta Proton Perdana tidak jual lagi, itu sebab apabila kita sebut bahawa masih kekal kereta Proton Perdana, mereka mesti bina secara berasingan yang menyebabkan dari segi bekalan (ia) belum pasti.
"Itu sebab kita harus ada pilihan kedua, kerana sebelum ini kerana kita tidak mendapat pengesahan dan apabila kita dapat pengesahan bekalan, baru kita teruskan dengan Proton Perdana," katanya kepada pemberita selepas lawatan rasmi ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) di sini pada Sabtu.
Guan Eng meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian yang bukan-bukan, kerana apa yang diperkatakan sesetengah pihak itu adalah sebahagian daripada berita palsu.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan kini sedang dalam proses melantik sebuah syarikat, membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Laporan itu menyebut janji niaga itu melibatkan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.
Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata keputusan untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan Menteri Pendidikan, bukanlah satu masalah.
Katanya, Tun hanya memangku jawatan itu untuk sementara waktu.
"Contohnya, sekiranya saya pergi bercuti, mesti ada menteri ganti, jadi kalau ada menteri ganti, itu hanya sementara sahaja. Jadi perkara itu tidak akan menjadi sebarang isu," katanya.
Dalam Manifesto Pakatan Harapan menetapkan Perdana Menteri, tidak dibenarkan memegang portfolio lain dalam Kabinet.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 11 2020
GUAN ENG: Guan Eng meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian yang bukan-bukan. - Gambar fail
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Sape bakal dipamer di Muzium Sukan Asia China
Sape atau sampe telah dipilih untuk dipamerkan sebagai antara kraf budaya Malaysia di Muzium Sukan Asia di Hangzhou, China.
Kenderaan rasmi MB, Exco dipulang selepas penamaan calon - Aminuddin Harun
Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan memulangkan kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Anwar tolak guna Mercedes S600 sebagai kenderaan rasmi
Langkah tersebut diambil kerana Anwar tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas beliau.
Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara
Mesyuarat itu yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air dijangka bermula pada 11.30 pagi.
Beli Mercedes Benz bukan guna duit peruntukan khas - Pejabat MB Kelantan
Kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob itu turut menyifatkan dakwaan yang dibuat itu sebagai fitnah dah berniat jahat.
Kerajaan terpaksa pilih kereta lain kerana Proton Perdana tidak lagi dijual - Guan Eng
Ketika kontrak pembekalan kenderaan diumumkan, pihaknya tidak mendapat pengesahan sama ada jumlah Proton Perdana akan mencukupi.
Suspek utama kes bakar kereta Mufti diberkas, seorang lagi diburu
Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kangar.
Isteri hanya tumpang seketika kereta kerajaan - Norhizam
Gambar kenderaan berkenaan katanya sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej serta reputasi beliau sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Melaka.
Azmin pulangkan kereta rasmi, balik naik Grab?
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulangkan kembali kereta rasmi digunakan kepada kerajaan negeri selepas selesai Istiadat Pembubaran Dun Selangor hari ini.
Najib lancar Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.