SEREMBAN: Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan memulangkan kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata mereka juga tidak akan menggunakannya sepanjang tempoh berkempen namun kenderaan itu masih boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
"Kami masih lagi kerajaan sementara yang menjalankan tugas rasmi, Exco pun ada tugas rasminya... kalau ikutkan, boleh guna lagi kenderaan termasuk pemandu hingga hari terakhir... itu antara yang kita bincang tadi... pada dasarnya, kita tidak mahu menimbulkan prasangka buruk.
"Untuk tujuan rasmi, tiada masalah cuma dalam kita berkempen, kita tidak akan menggunakan kenderaan rasmi, itu sahaja... kalau boleh, elakkan walaupun tidak menjadi kesalahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Semalam, Aminuddin dilaporkan berkata beliau akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 28 Jun bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi laluan kepada PRN.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu memaklumkan DUN akan dibubar pada 30 Jun.
Turut mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata kesemua ADUN daripada Pakatan Harapan masih berminat untuk bertanding dalam PRN namun ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti masing-masing.
Beliau juga berkata kerajaan negeri menyasarkan seramai 500,000 pengunjung menghadiri NS Fest yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok di Dataran Nilai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata mereka juga tidak akan menggunakannya sepanjang tempoh berkempen namun kenderaan itu masih boleh digunakan untuk tujuan rasmi. - Gambar fail/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Sape bakal dipamer di Muzium Sukan Asia China
Sape atau sampe telah dipilih untuk dipamerkan sebagai antara kraf budaya Malaysia di Muzium Sukan Asia di Hangzhou, China.
Kenderaan rasmi MB, Exco dipulang selepas penamaan calon - Aminuddin Harun
Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan memulangkan kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Anwar tolak guna Mercedes S600 sebagai kenderaan rasmi
Langkah tersebut diambil kerana Anwar tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas beliau.
Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara
Mesyuarat itu yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air dijangka bermula pada 11.30 pagi.
Beli Mercedes Benz bukan guna duit peruntukan khas - Pejabat MB Kelantan
Kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob itu turut menyifatkan dakwaan yang dibuat itu sebagai fitnah dah berniat jahat.
Kerajaan terpaksa pilih kereta lain kerana Proton Perdana tidak lagi dijual - Guan Eng
Ketika kontrak pembekalan kenderaan diumumkan, pihaknya tidak mendapat pengesahan sama ada jumlah Proton Perdana akan mencukupi.
Suspek utama kes bakar kereta Mufti diberkas, seorang lagi diburu
Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Kangar.
Isteri hanya tumpang seketika kereta kerajaan - Norhizam
Gambar kenderaan berkenaan katanya sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej serta reputasi beliau sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Melaka.
Azmin pulangkan kereta rasmi, balik naik Grab?
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulangkan kembali kereta rasmi digunakan kepada kerajaan negeri selepas selesai Istiadat Pembubaran Dun Selangor hari ini.
Najib lancar Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.