Kerajaan Selangor akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding inkuiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sementara permohonan kebenaran semakan kehakiman berhubung cadangan persempadanan kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di negeri itu diputuskan mahkamah.
Peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili kerajaan Selangor memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah hari ini.
Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
Ambiga berkata pihaknya akan memohon untuk menangguhkan inkuiri yang dikendalikan oleh SPR sementara menunggu permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar dan diputuskan oleh mahkamah.
"Permohonan semakan kehakiman itu akan menjadi akademik sekiranya permohonan untuk menangguhkan inkuiri tersebut tidak dibenarkan oleh mahkamah," katanya yang turut memaklumkan permohonan berkenaan akan difailkan pada Isnin depan.
Ambiga berkata mahkamah menetapkan 28 Nov untuk mendengar permohonan itu.
Pada 19 Okt lepas, kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor oleh SPR.
Dalam permohonannya, Mohamed Azmin, yang juga timbalan presiden PKR menuntut satu deklarasi bahawa cadangan untuk persempadanan kawasan pilihan raya oleh SPR pada kajian 2016 adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Fasal 113(2) dan Seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.
Anggota Parlimen Gombak itu juga menuntut suatu deklarasi bahawa kegagalan SPR untuk menggunakan daftar pemilih dalam persempadanan kawasan pilihan raya adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Seksyen 3 dalam Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.
Mohamed Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan atas alasan bahawa tindakan SPR itu bertentangan dengan undang-undang tanpa mengikut perlembagaan, tidak munasabah dan tidak rasional apabila ia melanggar dan/atau gagal memakai Fasal 113(2) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau antaranya memohon suatu deklarasi bahawa notis yang diterbitkan mempunyai kekurangan butiran terperinci yang mana seseorang pengundi biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak mampu untuk menjalankan hak mereka untuk membuat representasi berhubung notis berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2016

Datuk S. Ambiga, yang mewakili kerajaan Selangor memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah hari ini. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kerajaan Selangor mohon tangguh prosiding inkuiri oleh SPR
Kerajaan Selangor akan memohon untuk tangguhkan inkuiri yang dikendali SPR sementara menunggu permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar dan diputuskan mahkamah.

BN tidak puas hati 30 peratus syor persempadanan semula SPR - Tengku Adnan
Semua setiausaha agung parti komponen BN sudah mengemukakan maklum balas masing-masing berhubung isu persempadanan semula itu kepadanya.

UMNO teliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya - Tengku Adnan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata usul itu akan turut dibawa pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Sept.