Tiga puluh peratus cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dipersetujui Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata antara faktor tidak puas hati itu adalah taburan pengundi yang terlalu berasaskan kaum, jarak persempadanan semula yang jauh serta Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikeluarkan daripada kawasan Parlimen.
Beliau memberikan contoh syor persempadanan semula di Sabah yang menimbulkan rasa tidak puas hari parti komponen BN apabila terdapat lebih 10 kawasan baharu yang dicadangkan diwakili kaum tertentu sahaja.
Katanya, semua setiausaha agung parti komponen BN sudah mengemukakan maklum balas masing-masing berhubung isu persempadanan semula itu kepadanya.
"Saya telah memberi pandangan dan nasihat yang perlu mereka ambil berhubung perkara ini," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu yang ditemui pemberita selepas merasmikan kios jualan makanan dan minuman di Presint 9, di sini hari ini.
Katanya beliau telah menulis surat kepada semua pengerusi BN negeri untuk mengingatkan bahawa ibu pejabat UMNO atau BN tidak boleh mengambil tindakan membuat bantahan secara terus kepada SPR sebaliknya ia hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau melalui petisyen oleh 100 pengundi di kawasan terlibat.
Bagi negeri yang bukan di bawah pemerintahan BN, Tengku Adnan berkata beliau mengesyorkan pengerusi BN negeri mengumpulkan 100 orang dari setiap kawasan yang menolak cadangan persempadanan semula itu untuk mengemukakan petisyen bantahan kepada suruhanjaya tersebut.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.
Semua pihak diberi masa sebulan sehingga Jumaat ini (14 Okt) untuk mengemukakan bantahan masing-masing. -Bernama
Bernama
Tue Oct 11 2016

TENGKU ADNAN: Semua setiausaha agung parti komponen BN sudah mengemukakan maklum balas masing-masing berhubung isu persempadanan semula itu kepadanya. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Kerajaan Selangor mohon tangguh prosiding inkuiri oleh SPR
Kerajaan Selangor akan memohon untuk tangguhkan inkuiri yang dikendali SPR sementara menunggu permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar dan diputuskan mahkamah.

BN tidak puas hati 30 peratus syor persempadanan semula SPR - Tengku Adnan
Semua setiausaha agung parti komponen BN sudah mengemukakan maklum balas masing-masing berhubung isu persempadanan semula itu kepadanya.

UMNO teliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya - Tengku Adnan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata usul itu akan turut dibawa pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Sept.