Kementerian Pengangkutan bersedia meneliti semula arahan pemberhentian urus niaga pembaharuan cukai jalan melibatkan kenderaan persendirian 2,000 cc ke atas di pejabat pos Sarawak, Sabah, Pulau Langkawi dan Labuan yang berkuat kuasa semalam.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid akan diadakan dalam minggu ini untuk melihat sama ada arahan tersebut wajar diteruskan atau tidak.
"Ini cadangan JPJ bukan arahan Menteri Pengangkutan, saya faham JPJ bertindak demikian untuk mengurangkan ketirisan pendapatan kerajaan kerana ada kenderaan berdaftar di Semenanjung memperbaharui cukai jalan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat DAP Miri hari ini.
Loke berkata, JPJ mengesan terdapat pemilik kenderaan 2,000 cc ke atas dari Semenanjung yang mengambil kesempatan kadar cukai jalan murah di Sarawak dan Sabah dengan memperbaharui cukai jalan di pejabat pos di kedua-dua negeri terbabit.
Beliau berkata, pada masa sama kepentingan masyarakat di Sarawak dan Sabah perlu diambil kira dalam isu ini kerana memerlukan saluran yang banyak untuk memperbaharui cukai jalan berikutan ada sesetengah kawasan tidak mempunyai pejabat JPJ.
Menurutnya, ketiadaan pejabat JPJ di sesetengah kawasan di kedua-dua negeri ini akan menyukarkan proses pembaharuan cukai jalan bagi penduduk yang tinggal jauh dari lokasi pejabat JPJ negeri atau cawangan.
Pengumuman Pos Malaysia mengenai arahan pemberhentian pembaharuan cukai jalan itu tular di media sosial minggu lepas.
Ia mendapat reaksi negatif netizen terutama yang tinggal di pedalaman Sarawak berikutan tindakan itu didakwa membebankan dari segi kewangan dan masa serta dan menambah kesesakan di pejabat JPJ dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Mengenai cadangan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) melibatkan sempadan Malaysia dan Brunei, Loke berkata setakat ini ianya masih dalam peringkat kajian.
Pada 25 April lepas, Ketua Pengarah JPJ telah mengumumkan cadangan melaksanakan VEP ke atas semua kenderaan asing di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sempadan Malaysia dan Brunei untuk memudahkan pemantauan kenderaan berdaftar dari negara luar memasuki negara ini terutama sekali membabitkan isu saman trafik dengan kertas cadangan akan diserahkan kepada Menteri Pengangkutan pada tahun ini juga. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
Kerajaan sedia teliti semula arahan pemberhentian urus niaga pembaharuan cukai jalan melibatkan kenderaan persendirian 2,000 cc ke atas di pejabat pos di Sarawak, Sabah, Pulau Langkawi dan Labuan, kata Anthony Loke. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.