KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menjalin kerjasama strategik dengan kerajaan Sweden dalam pengurusan Sisa Buangan-Kepada-Tenaga (WTE) di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, Sweden juga telah berjaya membuktikan kejayaan dasar pengurusan sisa pepejalnya dalam penjanaan tenaga berbanding negara-negara Eropah lain yang boleh dijadikan sebagai model bagi sistem pelupusan sampah buangan lebih mampan di Sarawak.
"Saya amat tertarik dengan keupayaan negara berkenaan dalam industri WTE yang mana Sarawak juga memiliki sumber hampir sama.
"Oleh itu, kita turut mempunyai kemampuan untuk mencontohi kaedah pengurusan sisa pepejal di Sweden," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.
Kenyataan itu memetik ucapan beliau yang mengetuai delegasi kerajaan Sarawak dalam lawatan kerja ke Agensi Tenaga Sweden (SEA) di Stockholm, Sweden, pada Selasa.
Sejajar dengan usaha itu juga, Abang Johari menegaskan bahawa langkah bagi memantapkan lagi sistem pengurusan pepejal dengan menjana tenaga baharu menerusi WTE perlu dimulakan dari sekarang di Sarawak demi memastikan kesejahteraan rakyatnya pada masa depan.
Beliau juga tertarik dengan sistem grid elektrik rentas sempadan di Sweden yang mengeksport tenaga ke negara-negara jiran seperti Denmark, Norway, Finland, Jerman, Lithuania dan Poland.
Menurutnya, Sarawak juga memiliki potensi keupayaan sama dengan mengeksport tenaga elektrik ke negara jiran seperti ke Kalimantan, Indonesia.
Dalam pada itu, program beliau di Stockholm turut melibatkan kunjungan hormat terhadap Menteri Perdagangan dan Pembangunan Sweden, Johan Forssell sebelum meneruskan lawatan ke Norway hari ini bagi meninjau operasi kemudahan penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) dan hidrogen di Bergen.
Premier Sarawak itu yang diiringi timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dalam lawatan kerja selama seminggu ke beberapa negara Eropah dan turut singgah di London untuk mengadakan perjumpaan bersama pegawai kanan Shell di ibu pejabat syarikat multinasional tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Abang Johari (tengah) mengetuai delegasi kerajaan Sarawak dalam lawatan kerja ke Agensi Tenaga Sweden (SEA) di Stockholm, Sweden, pada Selasa. - Foto UKAS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.

Abu Bakar dilantik Pengerusi interim AirBorneo, fokus sektor permulaan Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta
Abu Bakar akan dibantu pasukan sedia ada yang kini bertugas untuk MASwings di Sarawak dan Sabah.

Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.

Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.

Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.