SUBANG JAYA: Kerajaan mahu bekerjasama dengan sektor kewangan untuk mewujudkan mekanisme pembiayaan peralihan tenaga bagi syarikat yang menyertai projek hijau, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Dalam melengkapkan inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), terdapat keperluan untuk mewujudkan ekosistem yang lebih menyeluruh, yang mana industri boleh menyumbang ke arah merealisasikan projek mesra alam yang lain, tidak semestinya membabitkan projek solar atau hidrogen.
"Kami sedang melihat untuk bekerjasama dengan industri perbankan serta kewangan bagi membangunkan satu lagi set atau aliran pembiayaan yang kami gelarkan pembiayaan peralihan.
"Dalam kami bercakap mengenai peralihan tenaga, terdapat banyak sektor, industri atau projek yang mungkin tidak layak untuk pembiayaan hijau. Sebagai contoh, jika anda membawa peralatan yang bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga, secara definisi, itu bukan projek hijau," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) 2023 di sini hari ini.
Acara itu dianjurkan secara bersama oleh ASLI, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Universiti Sunway.
Rafizi berkata menerusi NETR, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion pembiayaan untuk projek peralihan tenaga, dan kementeriannya akan bekerjasama dengan institusi kewangan bagi melihat berapa banyak yang boleh diperuntukkan untuk mekanisme baharu itu.
"Saya berharap ia akan membuka saluran kepada kerajaan untuk bekerjasama dengan sektor perbankan serta kewangan dalam mengembangkan sistem yang sedia ada bagi pembiayaan hijau selain pembiayaan peralihan, yang jauh lebih besar daripada pemahaman pembiayaan mesra alam yang wujud dalam pasaran kewangan semasa.
"Di situlah pendekatan serta perspektif sedia ada mengenai pembiayaan hijau dan kelestarian kemampanan perlu diperluaskan untuk merangkumi pembiayaan peralihan," tambahnya.
Rafizi percaya bahawa inisiatif itu akan menerima maklum balas yang positif serta didokong oleh pihak perbankan dan industri kewangan supaya pembiayaan baharu untuk peralihan tenaga ini dapat dilancarkan secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Menurut Rafizi, terdapat keperluan mewujudkan ekosistem yang lebih menyeluruh, supaya industri boleh menyumbang ke arah merealisasi projek mesra alam yang lain. - Gambar fail
Agenda AWANI: MIHAS@Dubai 2024 - Apa Kita Bawa Pulang?
Sejauh mana MIHAS@Dubai 2024 yang berlangsung baru-baru ini di UAE telah membuka jalan baharu bagi perniagaan Malaysia meneroka pasaran Timur Tengah yang lebih luas? Apa perancangan penganjuran MIHAS selepas ini? Diskusi 9 malam
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Kerajaan akan pastikan peranan Pihak Berkuasa Koridor tidak bertindih - Rafizi
Kerajaan akan memastikan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) memainkan peranan seperti yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan tugas agensi lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Malaysia mahu memastikan industri CCUS disegerakan secepat mungkin - Rafizi
Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain.
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Prestasi Kerajaan MADANI kawal inflasi disifatkan sebagai terbaik
Prestasi Kerajaan MADANI dalam mengawal inflasi terutama berkaitan kenaikan harga barang makanan dan minuman disifatkan sebagai terbaik sejak mengambil alih pentadbiran negara.