TANJUNG MANIS (Sarawak): Kerajaan Persekutuan sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata kedua-dua pihak mahu terus bekerja untuk rakyat Sarawak dan banyak pembangunan yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini.
"Kerajaan GPS dan kerajaan Persekutuan sekarang nak meneruskan kerja. Yang penting kerja untuk rakyat. Pilihan raya ini lima tahun sekali datang dan lepas pilihan raya, kerajaan kena buat banyak kerja," katanya pada majlis pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit (VSAT Wi-Fi) di Rumah Baki, Kampung Sebayang dekat sini semalam.
Menurut Annuar, pembangunan pesat yang berlaku di Sarawak pada masa ini adalah hasil daripada kesetiaan rakyat negeri ini bersama-sama kerajaan yang diterajui oleh GPS.
Beliau berkata pembangunan yang dilihatnya berlaku di Sarawak menimbulkan rasa cemburu beliau kerana negeri kelahirannya, Kelantan masih ketinggalan dan rakyat belum dapat mengecapi nikmat pembangunan sepenuhnya berikutan senario politik yang sentiasa berubah.
"Sebab itu saya ucap terima kasih kerana rakyat di Sarawak sentiasa bersatu padu, sentiasa bekerjasama memberikan sokongan kepada kerajaan dan hasilnya kita mendapat sebuah negeri yang semakin hari semakin maju, rakyat yang bersatu padu dan merasai kesenangan dan kesejahteraan bersama," katanya.
Menurut beliau, pelaksanaan pembangunan di Sarawak bukan perkara mudah dan ia menelan kos yang amat besar.
Memberi contoh penyediaan kemudahan infrastruktur internet di luar bandar, beliau berkata untuk mendirikan sesebuah menara, memerlukan RM3 juta dengan perbelanjaan meliputi kos membina menara, sewaan tapak tanah dan sewaan peralatan.
Meskipun mahal, Annuar berkata atas permintaan kerajaan GPS untuk mempercepatkan pembinaan menara-menara tersebut, kerajaan Persekutuan telah melaksanakannya yang menyaksikan lebih 600 tender pembinaan menara telekomunkasi baharu telah dikeluarkan dan ia akan ditambah pada masa akan datang.
"Kerana kita mahu semua rakyat Malaysia di bawah konsep Keluarga Malaysia yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak kira di mana sahaja mereka berada, berpeluang mendapat akses kemudahan internet ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Annuar berucap pada program Sepakat @Komuniti di Terminal Pengkalan Tanjung Manis, 27 Nov 2021. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Mangsa banjir di Selangor, Perak, Johor dan Kedah semakin meningkat
Hujan lebat petang tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Johor dan Kedah terus merekodkan peningkatan malam ini.
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.