Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kekurangan itu dilihat berada di tahap serius di kedua peringkat sekolah rendah dan menengah.
"Kementerian Pendidikan perlu memastikan nasib pelajar istimewa ini terbela. Komitmen kementerian dan jabatan pendidikan perlu tinggi selain perhatian secukupnya kepada pelajar ini harus diutamakan.
"Jika lihat kekurangan guru ini lebih tinggi bagi peringkat sekolah menengah. Ia satu keperluan untuk negara memenuhi keperluan sumber manusia menjelang mencapai taraf negara maju," katanya.
Liow berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian bangunan baru untuk pelajar pendidikan khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Yoke di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Sekolah, Datuk Ng Bong Ching dan Pengerusi The Community Chest, Tan Sri Chua Ma Yu.
Dalam pada itu kata Liow, peruntukan lebih juga harus disalurkan kepada sekolah berkenaan terutama untuk alat pengajaran pendidikan.
"Saya lihat perlu lebih peruntukan dari segi kelengkapan, perisian komputer dan alat-alat pengajaran.
"Instrumen sebegini perlu untuk meningkatkan kemahiran pelajar berkenaan.
"Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) perlu diperkuatkan dari semua aspek supaya nasib pelajar ini terbela," ujarnya.
Video berdurasi 2 minit 37 saat menunjukkan cabaran guru pendidikan khas di negara ini - Sumber YouTube Astro Awani
PPKI merupakan suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBK) yang hanya dihadiri oleh MBK di kelas khas di sekolah Kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Semua MBK berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai.
Semua MBK akan diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.