KERAJAAN Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengekalkan pindaan kepada syarat-syarat program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Ogos lepas.
Telah terdapat desakan agar syarat-syarat asal dikekalkan namun kerajaan telah mengambil masa satu tahun untuk memutuskan syarat-syarat baharu dan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat 'u-turn'.
Skim ini telah ditangguhkan pada bulan Ogos tahun lepas akibat pandemik COVID-19 dan akan diaktifkan semula pada bulan Oktober ini.
Syarat-syarat baharu ini adalah wajar jika kerajaan mahu menarik mereka yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara.
Menaikkan syarat kelayakan bagi pendapatan bulanan luar negara peserta daripada RM10,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan adalah wajar kerana pendapatan RM10,000 sebulan bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang profesional yang telah bekerja lebih dari 20 tahun di Malaysia.
Jika kerajaan mahu menarik mereka yang memiliki keupayaan kewangan yang lebih tinggi dan dapat menyumbang kepada ekonomi negara, maka pendapatan mereka sepatutnya jauh lebih tinggi dari penduduk tempatan - RM40,000 sebulan sebagai kelayakan minimum adalah wajar.
Keputusan agar peserta memiliki simpanan tetap minima RM1 juta dan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta mungkin tinggi di Malaysia. Tetapi ia mesti dinilai berdasarkan kemampuan rakyat di negara-negara asal pemohon MM2H seperti Jepun atau United Kingdom.
Walau bagaimanapun isu asas adalah apakah fokus kerajaan? Adakah penduduk tempatan atau warganegara luar? Kita mungkin dapat memudahkan warganegara luar membeli rumah kedua mereka di negara kita tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mampu membeli rumah pertama mereka.
Kerajaan telah juga menetapkan had bilangan peserta MM2H dan tanggungan adalah 1 peratus dari penduduk negara kita. Jika penduduk negara kita adalah 32 juta ini bermakna hadnya adalah 320,000. Tetapi adakah had ini terlalu tinggi memandangkan pelbagai masalah yang kita hadapi dengan warganegara asing sama ada yang sah atau yang tanpa izin?
Sebenarnya adakah pendapatan dari skim ini merupakan sumbangan yang bermakna kepada ekonomi negara dari segi nilai? Sejak 2002 hingga 2019, program MM2H telah berjaya merangsang ekonomi negara dengan pendapatan berjumlah RM11.89 bilion secara kumulatif menerusi fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan isi rumah bulanan.
Secara purata sebanyak RM690 juta setahun. Tetapi mungkin dengan syarat-syarat baharu ini pendapatan ini akan bertambah kerana strategi baharu kerajaan adalah menyasarkan kualiti bukan kuantiti.
Jika kerajaan mahu benar-benar menjana ekonomi negara selepas pandemik maka adakah dengan semata-mata menarik mereka yang memiliki simpanan lebih dari RM1 juta? Adakah dengan memiliki pendapatan luar negara lebih dari RM40,000 sebulan akan dapat memulihkan ekonomi kita? Berapa peratus dari pendapatan tersebut akan dibelanjakan di dalam negara?
Kenapa tidak memberi keutamaan kepada mereka yang dapat menyumbang kepada penduduk tempatan? Contohnya meluluskan mereka yang menjalankan perniagaan yang menggaji tenaga kerja tempatan. Atau yang menjalankan perniagaan menggunakan khidmat syarikat-syarikat tempatan. Atau yang menggunakan produk atau bahan mentah tempatan.
Desakan agar memikirkan kembali syarat-syarat baharu ini mula dibangkitkan di dalam media Hong Kong. Kemudian ia diikuti dengan portal-portal berita tempatan. Sudah tentu pemohonan akan masuk mencurah-curah jika kerajaan melonggarkan syarat-syarat MM2H kerana penduduk di bekas tanah jajahan British itu sedang mencari jalan keluar sejak undang-undang baharu dikuatkuasakan dan tindakan-tindakan ke atas aktivis prodemokrasi.
Walau bagaimanapun bukan tugas kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Kita tidak mahu melihat kerajaan tunduk kepada desakan-desakan dari luar negara. Sekiranya kerajaan mahu memberi kelonggaran sekalipun bukan untuk permohonan baharu tetapi untuk peserta yang sedia ada yang termasuk tanggungan mereka berjumlah 57,578.
Walau bagaimanapun kelulusan tidak semestinya automatik tetapi tertakluk kepada syarat seperti telah memiliki kediaman dengan nilai yang tertentu.
* Artikel ini daripada Ketua Penyelaras, Pusat Khidmat Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH), Datuk Iskandar Abdul Samad.
** Penulisan ini adalah dari pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kenyataan Media
Tue Aug 24 2021

Skim ini telah ditangguhkan pada bulan Ogos tahun lepas akibat pandemik COVID-19 dan akan diaktifkan semula pada bulan Oktober ini. - Gambar hiasan
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Presiden Rusia tawar perdamaian bersyarat kepada Ukraine
Presiden Rusia, Vladimir Putin menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai.

Polis Kelantan terima 85 permohonan permit jual mercun
Sebanyak 34 permohonan diluluskan, 48 dalam proses penilaian dan tiga permohonan ditolak kerana gagal memenuhi syarat.

Kerajaan perlu kekalkan syarat-syarat baharu skim Malaysia Rumah Keduaku
Terdapat desakan agar syarat-syarat asal dikekalkan namun kerajaan mengambil masa satu tahun untuk memutuskan syarat-syarat baharu.

Persiapan sebaik mungkin dibuat, kini terserah kepada prestasi pemain - Norza
Mohamad Norza berkata para pemain telah bekerja keras dan cukup komited, walaupun dikenakan pelbagai syarat disebabkan pandemik.

Sukan Olimpik Tokyo: Hup Wei kecewa syarat ditetapkan KOM
KOM menetapkan syarat atlet yang meraih tempat kelapan dalam Kejohanan Olahraga Dunia 2019 itu perlu layak secara merit ke temasya di Jepun itu.

Kelab penyokong bola sepak teruja Vida pimpin Perak FC
Sehingga kini, Perak FC masih berdepan masalah berkaitan isu pembayaran gaji para pemain dan staf kejurulatihan mereka.

Kerajaan setuju teruskan pembinaan LCS yang terhenti sejak 2019 - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu lalu.

Tiada PM Bersatu jika tiada 'Kluster Mahkamah' UMNO - Ahmad Jazlan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan jawatan Perdana Menteri yang dimiliki presiden parti itu antaranya adalah hasil daripada 'Kluster Mahkamah' UMNO.

Solat tarawih dibenarkan di Kelantan - MAIK
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad.