KUALA LUMPUR: Perhatian seluruh peminat badminton negara pastinya tertumpu kepada persembahan pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan juga rakan sepasukannya dalam usaha mereka meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020, apabila pertandingan badminton di temasya sukan itu bermula hari ini (24 Julai).
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kini terpulang kepada mereka untuk mempamerkan persembahan mantap, selepas segala persediaan terbaik mungkin telah dilaksanakan oleh pihak persatuan.
"Ia termasuk satu fasa latihan sebelum bermula Olimpik, serta penyertaan dalam pelbagai pertandingan dalam usaha memberi pendedahan kepada pemain, dan memberikan mereka pengalaman berharga, bersaing dengan antara pemain terbaik dunia.
"BAM amat prihatin dan bertindak tegas lagi berani, untuk membawa semua pemain, termasuk pemain junior di bawah satu bumbung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) ketika pandemik COVID-19 pada suku pertama 2020 bermula," kata Mohamad Norza dalam satu kenyataan.
Beliau berkata para pemain ditempatkan dalam kem latihan berasaskan kuarantin, di bawah peraturan ketat bagi menjamin keselamatan mereka, di samping memastikan mereka boleh menjalani latihan tanpa apa-apa gangguan.
"Saya percaya dalam tempoh penuh mencabar yang dilalui, telah mengukuhkan mereka secara fizikal mahupun mental, dan menyediakan mereka untuk menghadapi Olimpik Tokyo, apabila sekatan pergerakan yang dikenakan selama berbulan lamanya memberi kesan besar terhadap persediaan kita, terutama dalam menghantar pemain kita ke luar negara untuk sertai pertandingan," katanya.
Mohamad Norza berkata para pemain telah bekerja keras dan cukup komited, walaupun dikenakan pelbagai syarat disebabkan pandemik.
"Saya benar-benar puas hati dengan semangat serta komitmen mereka, dan yakin mereka akan mempamerkan persembahan yang mantap di Tokyo," katanya.
Katanya beliau juga berpuas hati dengan persembahan pemain muda di bawah BAM, dan berkata pihaknya telah menyediakan rancangan jangka panjang dan sederhana, tanpa mengira hasil Sukan Olimpik ini, yang termasuk "Projek 2024' dan program 'Junior Elite' bagi melahirkan juara bertaraf juara.
Selain Zii Jia, Malaysia diwakili oleh Soniia Cheah dalam perseorangan wanita, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021

MOHAMAD NORZA: Saya benar-benar puas hati dengan semangat serta komitmen mereka, dan yakin mereka akan mempamerkan persembahan yang mantap di Tokyo. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.