KUALA NERANG: Kerajaan perlu mencari formula atau kaedah bagi memastikan harga getah sekerap ditingkatkan supaya pekebun-pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dapat menikmati pendapatan yang lebih baik.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun perkara itu dilihat sukar dan mungkin mengambil masa, namun usaha perlu dilakukan agar harga getah sekerap atau harga lantainya ditingkatkan berbanding harga semasa iaitu RM2.50 sekilogram.
"Harga getah ini nak perlu ada pada kadar yang boleh bertahan untuk masyarakat luar bandar terutama pekebun kecil getah. Macam yang Risda sebutkan mahu RM3.50 sekilogram bagi harga lantai getah sekerap, memang kita tahu sukar tapi kita kena ada formula yang boleh dicari untuk tujuan ini.
"Kalau nak kata esok nak jadi, mungkin tak jadi, tapi sekurang-kurangnya keprihatinan kerajaan ada, bukan sahaja dilaung-laungkan oleh pekebun kecil tapi kerajaan sendiri kena fikir macam mana cara dan kaedah nak meningkatkan harganya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri majlis Pekebun Kecil Makmur Risda Negeri Kedah yang turut disertai Pengerusi Risda Datuk Mohd Salim Mohd Sharif dan Ketua Pengarah Risda Abdullah Zainal.
Mahdzir berkata harga semasa getah sekerap yang rendah berbanding harga bagi hasil tanaman lain juga menyebabkan pekebun kecil getah berkeinginan untuk menukar tanaman bagi mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan.
Beliau berkata bagi mengatasi keadaan itu Risda memperkenalkan pelbagai insentif dan skim bertujuan membantu pekebun kecil antaranya bantuan tanaman semula getah, program mengangkut benih dan baja, pemasaran serta pembinaan prasarana berkaitan.
"Risda sedar bahawa harga itu menjadi punca kepada peralihan tanaman. Cumanya saya berpendapat bahawa kita boleh bertahan lagi walaupun banyak orang menyebut tanaman lain tapi kita jangan terikut sangat dengan harga komoditi di peringkat global itu," katanya.
Sementara itu, Mohd Salim berkata Risda mahu harga lantai getah sekerap ditingkatkan kepada RM3.50 sekilogram bagi memastikan tanaman getah terus diusahakan terutama oleh golongan muda dan pengeluaran getah negara terus meningkat pada masa akan datang.
"Kos untuk menanam semula getah telah meningkat tapi hasil masih dijual pada harga lama, ini yang kita bimbang. Sekarang ini, kita di tangga keenam dunia pengeluaran getah, kita bimbang kita jatuh lagi bila banyak pekebun kecil getah beralih ke tanaman lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun perkara itu dilihat sukar dan mungkin mengambil masa, namun usaha perlu dilakukan agar harga getah sekerap atau harga lantainya ditingkatkan berbanding harga semasa iaitu RM2.50 sekilogram. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan perlu cari formula tingkat harga getah sekerap bantu pekebun kecil
Kerajaan perlu mencari formula atau kaedah bagi memastikan harga getah sekerap ditingkatkan supaya pekebun-pekebun kecil getah di Risda dapat menikmati pendapatan yang lebih baik.