GEORGE TOWN: Memiliki sebuah kerajaan negeri yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan adalah sesuatu yang amat penting dalam menyegerakan usaha bagi mencapai sasaran menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2028, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negeri lebih mudah untuk dipercepatkan sekiranya kerajaan negeri dan persekutuan adalah sehaluan.
Beliau memberi contoh Pulau Pinang, yang menurutnya lebih mudah untuk maju kerana ia sudah cukup matang, mempunyai infrastruktur serta rekod prestasi yang baik, di samping memiliki pemain industri dalam kalangan pihak swasta dengan rangkaian kerja global.
"Ia memerlukan kerjasama yang sangat erat antara negeri dan persekutuan, kerana tiada siapa boleh melakukannya sendiri... negeri tidak boleh melakukannya dengan sendiri, persekutuan juga tidak boleh melakukannya tanpa kerjasama negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penglibatan separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 di sini hari ini.
Beliau berkata oleh itu ia tidak perlu dipertikaikan lagi, bahawa pentadbiran kerajaan negeri perlu sehaluan dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan negara.
Rafizi berkata perkara sebaliknya boleh dilihat di negeri Kedah, apabila kerajaan negeri dan persekutuan nampak tidak sehaluan.
"Kita mempunyai pandangan yang berbeza, kerajaan merasakan projek seperti lapangan terbang kargo tidak berdaya maju dari segi ekonomi.. mereka pula (kerajaan negeri Kedah) mahukan kelebihan dari segi sokongan politik, mereka tidak peduli pun sama ada ia (projek) berdaya maju atau tidak, mereka akan pergi berpolitik walaupun sesuatu seperti itu tidak bersifat politik pun," katanya.
Sementara itu, Rafizi berkata kementeriannya sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang dalam beberapa projek pengangkutan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
"Walaupun saya masih belum mendapat butiran mengenai semua projek pengangkutan dan infrastruktur, kita akan membincangkannya di pelbagai peringkat seperti Kementerian Pengangkutan dan juga agensi di bawah Kerajaan Pulau Pinang bagi memastikan projek itu berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata kesemua projek ini akan menjadi lonjakan kepada potensi ekonomi Pulau Pinang dalam menarik pelabur.
Terdahulu, Rafizi turut mengambil bahagian dalam sesi dialog dengan wakil negeri, pemain industri, badan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk berkongsi pendapat mengenai cara untuk membentuk rancangan pembangunan yang lebih baik di masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Rafizi menegaskan, pentadbiran kerajaan negeri perlu sehaluan dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan negara. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.

Perlis bakal jadi tuan rumah Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2025
Penganjuran itu telah dimasukkan dalam takwim kejohanan, dan kini sedang menunggu perbincangan lanjut pada peringkat Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.

2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.

Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.

Negeri miliki tanah sesuai boleh tawar kepada KPKT untuk pembangunan PRR
Kerajaan negeri yang mempunyai tanah di lokasi strategik dan sesuai bagi pembangunan perumahan PRR boleh menawarkannya kepada KPKT.

KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.

Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.