TAWAU: Kerajaan telah meluluskan tiga projek infrastruktur bernilai RM153 juta di Pulau Sebatik di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan akan dilaksanakan segera pada tahun ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelulusan itu diumumkan oleh kerajaan dalam rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) lalu.
Antara projek tersebut adalah pembinaan jalan dari Kampung Sungai Pukul ke Kampung Bergosong, pembinaan jalan dari Kampung Sungai Melayu ke Kampung Sungai Pukul dan Klinik Kesihatan Jenis Enam di Kampung Sungai Tamang.
Projek tersebut akan memberi manfaat kepada kira kira 5,000 penduduk.
"Sungai Pukul ke Bergosong RM59 juta, kemudian dari Sungai Melayu ke Sungai Pukul RM94 juta dan ini sudah lulus dan akan dilaksanakan pada tahun ini insyaAllah kita akan buat," katanya.
Tambahnya lagi, nilai projek pembinaan klinik kesihatan bagaimanapun belum dimuktamatkan.
Katanya sebagai pulau yang agak ketinggalan dari segi keperluan infrastruktur, banyak lagi pembangunan di Pulau Sebatik yang perlu diberi perhatian pihaknya dan akan dibawa ke peringkat atasan.
"Ada banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menaik taraf sama ada jalan raya, sama ada jeti dan juga bekalan air luar bandar yang patut diambil tindakan.
"InsyaAllah saya dan juga Datuk KSU dan juga Datuk Jahid selaku Menteri Luar Bandar Sabah, kita telah pun bersetuju untuk mengkordinasi," katanya.
Mahdzir ditemui ketika lawatannya ke Pulau Sebatik pada Isnin.
Beliau juga turut berkesempatan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk sekitar Pulau Sebatik.
Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andy Muhammad Suryady Bandy dan Presiden Majlis Berbandaran Tawau, Joseph Pang.
Petrus Bernard
Tue Apr 26 2022
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelulusan itu diumumkan oleh kerajaan dalam rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) lalu. - Foto Bernama
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Empangan di Pulau Sebatik mula beroperasi pada kadar minimum - Shahelmey
Ini adalah susulan daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan di Sabah pada Khamis lepas.
Bekalan air terputus: Penduduk Pulau Sebatik korek tanah, habis ratusan ringgit
Penduduk di Pulau Sebatik di sini terpaksa mengorek tanah bagi mendapatkan sumber air selain menghabiskan ratusan ringgit bagi membeli air bersih, sejak bekalan air terputus kira-kira empat bulan lepa
Rakyat dan peniaga Indonesia di Pulau Sebatik pilih beli barangan Malaysia
Pulau Sebatik terbahagi kepada dua wilayah dengan bahagian selatan dimiliki Indonesia dan bahagian utara milik Malaysia.
Kerajaan luluskan pembangunan bernilai RM153 juta di Pulau Sebatik
Projek tersebut akan memberi manfaat kepada kira kira 5,000 penduduk.
Indonesia mahu selesaikan masalah sempadan dengan Malaysia tahun ini
Rundingan mendalam bagi menyelesaikan isu sempadan antara Indonesia dan Malaysia akan dipertingkatkan pada 2022 berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa.
Warga emas mohon pemberian vaksin diadakan di Pulau Sebatik
Selain daripada kos perjalanan yang tinggi, keselamatan mereka juga terancam berikutan keadaan fizikal yang sudah semakin lemah.
Dua beradik terjatuh di jeti: Adik ditemui lemas, kakak masih hilang
Mayat mangsa, Madsum Telson, 5, ditemui terapung di perairan negara Indonesia pada jam 12.35 tengahari oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.
Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Teluk Cowie
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika menaiki bot di kawasan laut teluk Cowie.
Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal
Suspek warga tempatan yang berumur 33 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke Indonesia.