TAWAU:Salah seorang daripada dua beradik yang terjatuh ketika mandi di jeti Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Jumaat lalu, ditemui mati lemas hari ini.
Mayat mangsa, Madsum Telson, 5, ditemui terapung di perairan negara Indonesia pada jam 12.35 tengahari oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Siva Kumar Vengadasalam ketika dihubungi berkata sebaik menerima maklumat penemuan itu, anggota Maritim mendapat keizinan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil mayat kanak-kanak terbabit.
"Ibu bapa mangsa yang berada di jeti Bergosong mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui itu ialah anak lelakinya sebelum jenazah mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat.
"Mayat kanak-kanak itu tiba di jeti Maritim pada jam 2 petang dan dibawa ke Hospital Besar Tawau menggunakan lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau," katanya
Bagaimanapun, seorang lagi kanak kanak perempuan yang merupakan kakak kepada mangsa, yang masih belum ditemui.
Terdahulu mangsa bersama kakaknya Nazwa Telson, 8, yang masih belum ditemui terjatuh ke dalam laut semasa mandi di jeti tersebut pada petang Jumaat lalu.
Keluarga mangsa mendapat tahu perkara itu selepas dua lagi rakannya yang mandi bersama mereka memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Penduduk kampung menggunakan lima bot dan bertindak awal mencari kanak-kanak terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Bergosong pada jam 6.30 petang hari kejadian.
Pihak Maritim Tawau menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 malam daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.
Sejurus menerima maklumat tersebut, aset bot Maritim yang berada dalam sektor operasi telah digerakan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada hari yang sama.
Petrus Bernard
Sun Nov 01 2020
Mayat mangsa, Madsum Telson, 5, ditemui terapung di perairan negara Indonesia pada jam 12.35 tengahari oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah
Dua mangsa iaitu wanita berusia 49 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan masing-masing pada muka dan tangan.
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
KPKM sasar 5,000 Program Jualan Agro Madani seluruh negara
Jelas Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Program Jualan Agro Madani (JAM) bertujuan memastikan nasib golongan kurang mampu sentiasa terpelihara dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik
Penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini
Satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.
45 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
Sebanyak 45 rumah yang dibina di atas air musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond petang ini.
Kes bunuh pemandu e-hailing: Ada kesan darah pada kereta Myvi - Polis
Mahkamah diberitahu bahawa terdapat kesan darah di dalam dan di luar kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dijumpai di ladang kelapa sawit.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.