JAKARTA: Penduduk dan peniaga Indonesia di Pulau Sebatik dilaporkan gemar membeli barangan dari Malaysia untuk keperluan harian mereka kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding dengan yang terdapat di wilayah Indonesia.
Pulau yang menjadi bahagian dari provinsi Kalimantan Utara dan berhampiran dengan Tawau, Sabah terbahagi kepada dua wilayah dengan bahagian selatan dimiliki Indonesia dan bahagian utara milik Malaysia.
Muliyati, pemilik kedai makan yang terletak lima meter dari garis sempadan, mengakui kerap membeli beras dari Malaysia untuk keperluan perniagaannya.
"Lebih mudah dan murah untuk dapat dari Malaysia. Beras 10 kilogram di Tawau berharga RM27.60, sekitar 90,000 rupiah, tak sampai 100,000 rupiah pun. Sedangkan di sini (Indonesia) sekitar 130,000 rupiah," katanya dipetik portal berita tempatan, detikFinance.
Penduduk di sempadan juga memilih untuk membeli barang keperluan asas lain seperti minyak masak, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan sejuk beku dari Malaysia.
Petani dan pekebun kecil turut menjual produk pertanian seperti pisang, kelapa sawit dan getah ke Malaysia berbanding kawasan lain di Indonesia kerana faktor kos penghantaran.
Menurut detikFinance, pemilik kedai runcit, Nila, yang kedainya hampir dua kilometer dari sempadan berkata kebanyakan kedai menjual produk Malaysia kerana permintaan yang tinggi.
"Produk Malaysia lebih laris kerana lebih murah," katanya sambil menambah bekalan diperoleh dari Tawau melalui tempahan dalam talian menggunakan telefon bimbit dan dihantar oleh kapal Indonesia.
Permintaan terhadap barangan Malaysia seperti minyak masak disebabkan harganya yang murah sekitar 16,000 rupiah, manakala di Indonesia sekitar 20,000 rupiah.
Timbalan Pegawai Daerah Nunukan, Kalimantan Utara, Hanafiah, menjelaskan cabaran utama Pulau Sebatik ialah akses logistik yang memicu harga produk Indonesia lebih tinggi berbanding produk Malaysia.
"Jika pemerintah boleh membantu menyelesaikan isu keperluan asas dan lain-lain dalam kuantiti yang mencukupi, maka penduduk tidak akan mempunyai pilihan.
"Tetapi jika ini tidak dapat dipenuhi, maka mereka akan mencari alternatif di tempat lain. Pembelian keperluan asas tidak boleh ditangguh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Penduduk di sempadan juga memilih untuk membeli barang keperluan asas lain seperti minyak masak, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan sejuk beku dari Malaysia. - Gambar hiasan
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Empangan di Pulau Sebatik mula beroperasi pada kadar minimum - Shahelmey
Ini adalah susulan daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan di Sabah pada Khamis lepas.
Bekalan air terputus: Penduduk Pulau Sebatik korek tanah, habis ratusan ringgit
Penduduk di Pulau Sebatik di sini terpaksa mengorek tanah bagi mendapatkan sumber air selain menghabiskan ratusan ringgit bagi membeli air bersih, sejak bekalan air terputus kira-kira empat bulan lepa
Rakyat dan peniaga Indonesia di Pulau Sebatik pilih beli barangan Malaysia
Pulau Sebatik terbahagi kepada dua wilayah dengan bahagian selatan dimiliki Indonesia dan bahagian utara milik Malaysia.
Kerajaan luluskan pembangunan bernilai RM153 juta di Pulau Sebatik
Projek tersebut akan memberi manfaat kepada kira kira 5,000 penduduk.
Indonesia mahu selesaikan masalah sempadan dengan Malaysia tahun ini
Rundingan mendalam bagi menyelesaikan isu sempadan antara Indonesia dan Malaysia akan dipertingkatkan pada 2022 berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa.
Warga emas mohon pemberian vaksin diadakan di Pulau Sebatik
Selain daripada kos perjalanan yang tinggi, keselamatan mereka juga terancam berikutan keadaan fizikal yang sudah semakin lemah.
Dua beradik terjatuh di jeti: Adik ditemui lemas, kakak masih hilang
Mayat mangsa, Madsum Telson, 5, ditemui terapung di perairan negara Indonesia pada jam 12.35 tengahari oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.
Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Teluk Cowie
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika menaiki bot di kawasan laut teluk Cowie.
Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal
Suspek warga tempatan yang berumur 33 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke Indonesia.