Sebanyak RM16 juta diperuntukkan untuk membina semula pondok dan jeti pos kawalan laut Wallace Bay bagi menggantikan pos kawalan sedia ada yang daif dan hanya menunggu masa untuk roboh.
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata terdapat lima pos kawalan keselamatan laut yang telah digariskan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk pembinaan semula dengan kos keseluruhan RM84 juta.
"Perkara ini telah diajukan kepada pihak kerajaan untuk pembangunan itu disegerakan bagi membolehkan kerja-kerja dijalankan, dan juga pelaksanaan kerja itu lebih efektif, bagi pihak pasukan keselamatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI semasa mengadakan lawatan kerja ke Wallace Bay di Pulau Sebatik pada Selasa.
Menurut Mohamad Pajeri, selain Wallace Bay, antara pos kawalan yang menerima peruntukan pembaikan atau pembinaan semula ialah di Pulau Si Amil, Semporna, Pulau Adal, Lahad Datu, Pulau Pankuan Kecil, Sandakan dan Karakit Pulau Banggi, Kudat.
Dengan terlaksananya pembinaan semula pos kawalan tersebut akan dapat memudahkan lagi tugas-tugas kawalan keselamatan di sempadan perairan negara.
"Dengan adanya kemudahan ini, kita dapat memberikan satu kerja yang lebih besar impaknya kepada pasukan, bekerja secara efektif, berkesan, bagi memastikan keselamatan di perairan kita ini dalam keadaan terkawal," tambahnya.
Pos kawalan laut Wallace Bay baharu yang bakal dibina juga akan menjadi pos kawalan tugas bersama antara PGA Batalion 14 Tawau dan PPM Wilayah 4 Tawau untuk tugas-tugas kawalan keselamatan sempadan perairan.
Mohamad Pajeri berkata, pembinaan pos kawalan baharu tersebut, dijangka bermula tahun hadapan, adalah keperluan yang mendesak memandangkan pos kawalan tersebut menunggu masa untuk roboh dan membahayakan anggota keselamatan.
Petrus Bernard
Tue Dec 17 2019
![Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61576627095_WallaceBay.jpg)
Mohamad Pajeri (tiga kiri) bergambar bersama anggota yang bertugas di pos kawalan laut Wallace Bay di Pulau Sebatik pada Selasa. Astro AWANI
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
!['Mereka musnahkan, kami bina semula' - Penduduk Gaza 'Mereka musnahkan, kami bina semula' - Penduduk Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700881427_TBPalestinian.jpg)
'Mereka musnahkan, kami bina semula' - Penduduk Gaza
Itu kata-kata seorang warga emas di Gaza, sambil duduk di atas konkrit sisa runtuhan rumahnya.
![KKR peruntuk RM30 juta bina semula sebahagian lebuh raya Gerik-Jeli KKR peruntuk RM30 juta bina semula sebahagian lebuh raya Gerik-Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687766836_AlexanderNantaLing.jpg)
KKR peruntuk RM30 juta bina semula sebahagian lebuh raya Gerik-Jeli
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk membina semula sebahagian laluan Lebuhraya Timur Barat di Jeli-Gerik, Perak yang dijangka bermula tahun ini.
![Gempa Sulawesi: Angka kematian cecah 90, Jokowi ikrar bina semula bandar yang musnah Gempa Sulawesi: Angka kematian cecah 90, Jokowi ikrar bina semula bandar yang musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611126518_sulawesigempa.jpg)
Gempa Sulawesi: Angka kematian cecah 90, Jokowi ikrar bina semula bandar yang musnah
Gempa bumi sekuat 6.2 magnitud mengakibatkan kerosakan teruk pada ratusan buah rumah, pusat beli-belah, hotel dan bangunan kerajaan.
![Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61576627095_WallaceBay.jpg)
Tunggu masa untuk roboh, RM16 juta bina semula pos kawalan Wallace Bay
Pos kawalan tersebut merupakan check point bagi laluan perjalanan laut dari Nunukan, Indonesia ke Tawau, yang kini digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
![Kerajaan peruntuk RM78 juta baik pulih sekolah daif di Sabah Kerajaan peruntuk RM78 juta baik pulih sekolah daif di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568722946_LimGuanEngShafie.jpg)
Kerajaan peruntuk RM78 juta baik pulih sekolah daif di Sabah
Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM78 juta bagi membina semula dan membaik pulih lebih 30 buah sekolah daif di negeri Sabah.