Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM78 juta bagi membina semula dan membaik pulih lebih 30 buah sekolah daif di negeri Sabah.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukkan berkenaan adalah bagi menampung keperluan membiayai sekolah-sekolah tersebut yang dikenal pasti mempunyai masalah dari segi infrastruktur bangunan.
Beliau berkata, ini termasuk keadaan bangunan yang berbahaya dan telah diabaikan lebih 15 tahun oleh kerajaan terdahulu.
"Pihak Kementerian Kewangan telah berjaya mencari sebanyak RM78 juta untuk memperbaiki atau mengganti atau membina semula sekolah-sekolah sedia ada.
"Di mana bangunan tersebut berada dalam keadaan bahaya dan telah diabaikan lebih 15 tahun oleh kerajaan lama," katanya semasa Dialog Bajet 2020 di Kota Kinabalu, pada Selasa.
Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mengulas lanjut, Guan Eng turut menjelaskan peruntukkan tersebut diberikan kerana penyaluran sebelum ini yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 tidak mencukupi untuk menampung perkara itu.
Tambahnya, saluran peruntukkan tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta pada tahun ini.
"Pihak kementerian harap dengan RM78 juta ini sekurang-kurangnya lebih 30 buah sekolah dapat ditangani.
"Kita akan jalankan penilaian dan penyemakan rapi, kita harap sekurang-kurangnya mungkin 30 atau 35 buah sekolah dapat diperbaiki," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pengumuman tersebut, Mohd Shafie menyambut baik sumbangan berkenaan dalam meneruskan agenda perkhidmatan terbaik kepada penduduk di Sabah.
Ruzaini Zulkepli
Tue Sep 17 2019
![Kerajaan peruntuk RM78 juta baik pulih sekolah daif di Sabah Kerajaan peruntuk RM78 juta baik pulih sekolah daif di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568722946_LimGuanEngShafie.jpg)
Lim Guan Eng (kiri) berkata, peruntukkan berkenaan adalah bagi menampung keperluan membiayai sekolah-sekolah tersebut yang dikenal pasti mempunyai masalah dari segi infrastruktur bangunan. - Foto Astro AWANI
KDN sediakan memorandum jemaah menteri, pinda Akta
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Tiada insiden pukul tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Tiada insiden pukul membabitkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berharap, orang ramai dapat mendalami tiga pesanan khas beliau ini kerana nasihat itu merupakan erti sebenar kehidupan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berharap, orang ramai dapat mendalami tiga pesanan khas beliau ini kerana nasihat itu merupakan erti sebenar kehidupan.
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberapa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi.
![SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739463987_AzamBaki.jpg)
SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.
![SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739463800_AnwarIbrahim.jpg)
SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
![IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739461001_ZambryAbdulKadir.jpg)
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733835509_tbTaskaKemas.jpg)
RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.
![Baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan perlu disegerakan Baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan perlu disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732525115_MohamedFadzliHassa.jpg)
Baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan perlu disegerakan
Kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan masalah itu merebak ke kawasan lain.
![JKR siapkan 59 projek pulih bangunan warisan tahun ini JKR siapkan 59 projek pulih bangunan warisan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724309078_AlexanderNantaLing.jpg)
JKR siapkan 59 projek pulih bangunan warisan tahun ini
Sebanyak 59 projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan selesai dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya sepanjang tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
![Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708160797_JafniMdShukor.jpg)
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
![91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha 91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692256785_DrZalihaMustafa.jpg)
91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha
Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini.
![Peruntukan baik pulih bangunan sekolah daif diagihkan minggu ini Peruntukan baik pulih bangunan sekolah daif diagihkan minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679207193_TBGHAZALI.jpg)
Peruntukan baik pulih bangunan sekolah daif diagihkan minggu ini
Datuk Pkharuddin Ghazali berkata peruntukan itu termasuk perbelanjaan membaiki kemudahan tandas yang sentiasa menjadi keutamaan.
![Kos lebih RM4 juta baiki kerosakan akibat ribut - Nanta Kos lebih RM4 juta baiki kerosakan akibat ribut - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684742958_AlexanderNantaLing.jpg)
Kos lebih RM4 juta baiki kerosakan akibat ribut - Nanta
Kerajaan menganggarkan kos bagi membaiki kerosakan di 29 buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Jumaat lepas mencecah RM3 juta.
![Kompleks Perahu Layar Hang Jebat di Melaka dijangka dibaik pulih Kompleks Perahu Layar Hang Jebat di Melaka dijangka dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678634681_PUSATPERAHULAYARH.jpg)
Kompleks Perahu Layar Hang Jebat di Melaka dijangka dibaik pulih
Kerja-kerja baik pulih akan dimulakan selepas menerima peruntukan khas daripada KBS selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan.
![KBS kenal pasti fasiliti sukan yang perlu dibaik pulih KBS kenal pasti fasiliti sukan yang perlu dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673172521_AdamAdli.jpg)
KBS kenal pasti fasiliti sukan yang perlu dibaik pulih
Penyelenggaran fasiliti sukan penting bagi memastikan pembangunan atlet di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan baik.