Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata kerja penyelenggaran fasiliti sukan penting bagi memastikan pembangunan atlet di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan baik.
"Kita ada banyak atlet berpotensi besar. Kalau fasiliti sukan kurang, kuranglah penglibatan atlet jadi isu fasiliti ini cabaran yang besar.
"Ia akan sentiasa diperhalusi dan diteliti semula, terutama dalam memulihkan baik pulih fasiliti sedia ada sebelum kita bina yang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Finswimming Malaysia peringkat kebangsaan kali pertama di Pusat Akuatik Negeri, Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Adam Adli yakin lebih ramai atlet dan bakat baharu dalam sukan finswimming di negara ini dapat dilahirkan menerusi penganjuran pertandingan di peringkat akar umbi.
-- BERNAMA