Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan khas RM1 juta untuk menaik taraf Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi bagi menjadikannya pusat kecemerlangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang moden.
Beliau mengumumkannya ketika meluangkan masa sejam melawat PLPP itu, yang merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberikan perkhidmatan kepada OKU melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
Najib berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan, mesin pemulihan dan rawatan bagi tujuan fisioterapi serta menaik taraf pusat hidroterapi PLPP itu.
"Kerajaan sentiasa berusaha mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan penyayang dan seimbang supaya setiap insan terbela termasuk golongan OKU.
"Hari ini, saya memberi kelulusan dana sebanyak RM1 juta kepada pusat ini.
Mudah-mudahan dengan peruntukan ini, PLPP akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan OKU yang lebih maju dan moden selain dapat memberi masa depan lebih bermakna kepada golongan itu," katanya kepada pemberita.
Dalam lawatan itu, Najib yang diiringi Pengarah PLPP Ismail Arul Raj Amirudin, melawat ke bengkel prostetik dan ortotik, pusat hidroterapi, bengkel pembuatan kerusi roda serta gimnasium selain beramah mesra dengan pelajar dan pengajar.
Beliau memuji pusat itu yang menjalankan kerja-kerja dengan amat baik di mana golongan OKU diberi latihan untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan melakukan pemadanan kerja.
"Di samping itu, mereka juga mengeluarkan produk-produk seperti prostetik dan ortotik untuk dipasarkan.
Saya memberi persetujuan pusat ini dapat memasarkan produk-produk tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membolehkan mereka mendapat pendapatan selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada OKU di sini," katanya.
Najib turut tertarik dengan produk yang dihasilkan di pusat itu termasuk kerusi roda F1.
"Kerusi roda F1 ini canggih dan reka bentuknya cukup menarik. Ini merupakan inovasi yang mereka lakukan dan mempunyai potensi untuk dipasarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada Pengarah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Ismail Raj Amiruddin (kiri) ketika melawat bengkel kemahiran PLPP hari ini. - Foto Bernama
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Badan Peguam gagal cabar pengurangan penjara dan denda Najib
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).