KUALA LUMPUR: Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan pemberian rebat sehingga RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik akan dilancarkan esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata skim yang dibuka kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah itu adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
"Pada 8 Disember, kita akan melancarkan skim yang dikenali sebagai "MARIICas" yang dikelolakan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Mereka yang berkelayakan akan mendapat geran tunai sebanyak RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik," katanya ketika menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM yang disiarkan di saluran TV1 hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim itu dibuka kepada rakyat pada bulan ini.
Semasa pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dengan rebat sehingga RM2,400 bagi membantu pengguna beralih kepada motosikal elektrik.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasarkan peningkatan lokasi pengecasan kereta elektrik (EV) selaras dengan sasaran 10,000 tempat pengecasan pada 2025.
"Kementerian memang melihat peningkatan yang agak tinggi dari segi graf, dan kita akan pastikan pelbagai insentif akan diberikan kerajaan untuk syarikat yang ingin membina pengecas EV.
"Dari segi perkhidmatan pengecasan di rumah, akan turut menerima insentif cukai ini," katanya.
Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Bernama
Thu Dec 07 2023

Skim yang dibuka kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah itu adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). - Gambar hiasan/ MIMOS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan lancar Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik esok - Tengku Zafrul
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan pemberian rebat sehingga RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik akan dilancarkan esok.