Kerajaan Kedah akan mengkaji semula dasar perumahan negeri yang dilaksanakan kerajaan terdahulu supaya setiap projek dibangunkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew, berkata pihaknya mendapati masih wujud kelompangan yang harus diperbaiki berhubung dasar perumahan sedia ada terutama dalam menyeimbangkan semula aspek permintaan dan penawaran.
"Isu perumahan kita sedia maklum amat penting di Kedah dan kerajaan mahu memastikan semua rakyat di negeri ini mampu memiliki rumah walaupun kerajaan terdahulu turut mengambil berat isu ini, namun masih terdapat kelemahannya.
"Antara contoh ialah melalui projek PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia) di Sungai Petani yang dilaporkan masih terdapat banyak kekosongan dan kadar jualannya rendah, jadi saya nampak tidak seimbang dari segi permintaan dan bekalan.
"Perkara itu perlu dikaji semula untuk kita tambah baik," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah melalui pembinaan kediaman di bawah Program Rumah Impian Kedah/Perlis di Kampung Sireh, Pedu dekat sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, bagi memastikan lebih ramai rakyat negeri ini memiliki rumah, beliau berkata kerajaan akan berbincang dengan pihak bank untuk mencari kaedah terbaik memudahkan peminjam membuat pinjaman dan tidak menolak permohonan mereka.
"Kerajaan juga akan melihat semula proses kelayakan bagi pemohon rumah kos rendah kerana kami dimaklumkan masih ramai golongan itu yang berada dalam senarai menunggu meskipun sudah lama mendaftar. Justeru kita mahu dasar perumahan ini lebih fleksibel selepas ini," katanya.
Terdahulu, Kok Yew menyampaikan kunci rumah baharu melalui Program Rumah Impian Kedah/Perlis kepada pasangan, Mohd Shukor Salleh, 35, dan Siti Aishah Kasim, 29, di Kampung Sireh, Mukim Tekai Kiri, dekat sini.
Kok Yew berkata rumah baharu dengan kos RM20,000 itu dibina pada Februari lalu dan siap dalam tempoh dua bulan, dengan mempunyai satu bilik air serta dua bilik tidur.
Sementara itu, Mohd Shukor berkata sebelum ini dia dan isteri serta seorang anak lelaki berusia dua tahun tinggal di rumah diperbuat daripada buluh kerana tidak mampu membina rumah lebih sempurna akibat kekangan modal.
Beliau hanya mengambil upah bekerja kampung seperti menoreh getah, menebas rumput dan meracun kebun penduduk kampung dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan.
"Saya sangat bersyukur kerana tahun ini dapatlah beraya di rumah baharu selepas sekian lama menetap di rumah sempit dan daripada buluh yang tidak selesa...bila hujan kami sering basah. Syukurlah kami ada rumah sendiri dan raya kali ini sangat bermakna kerana tidak malu lagi orang nak datang beraya ke rumah kami," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 10 2018
Tan Kok Yew (tiga, kiri) menyerahkan replika kunci pada simbolik penyerahan Rumah Impian kepada Mohd Shukor (dua, kanan) di rumahnya di Kampung Sireh, Pedu, pada Ahad. - BERNAMA
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas.
Peniaga didakwa pandu kereta laju, sebabkan kematian kanak-kanak perempuan
Seorang peniaga didakwa memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Lelaki Singapura dipenjara 6 bulan, denda RM6,000 mengaku sebar ajaran salah
Seorang lelaki warga Singapura dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 atas tiga pertuduhan mengajar dan menyebar ajaran salah.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Vicente puas hati persembahan menentang India
Vicente puas hati persembahan Harimau Malaya, namun kecewa dengan keputusan seri 1-1 menentang India dalam perlawanan persahabatan malam tadi.
Kastam rampas rokok seludup RM6.38 juta dalam enam kontena
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia
KPM menyiasat laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, dihukum tujuh perlawanan oleh FA England akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya Son Heung-min.
Pemaju projek perumahan baharu di Melaka wajib bina rumah kos rendah, sederhana rendah
Pemaju perumahan di Melaka khususnya melibatkan projek pembinaan baharu diwajibkan untuk membangunkan rumah kos rendah dan sederhana rendah di negeri itu.
Perak tambah baik dasar perumahan negeri
LPHP diperkasa sebagai agensi yang mengendalikan semua pengurusan, perancangan dan pemantauan pembangunan sektor hartanah di negeri ini.
Kerajaan Kedah akan kaji dasar perumahan negeri
Tan Kok Yew berkata pihaknya mendapati masih wujud kelompangan yang harus diperbaiki berhubung dasar perumahan sedia ada terutama dalam menyeimbangkan semula aspek permintaan dan penawaran.
Selangor perkenal dasar perumahan mesra usahawan muda
Selangor perkenal Dasar Pembangunan Kediaman SOHO dan service apartment mesra golongan usahawan muda.