KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi media mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, notis pemberhentian berkenaan sudah direkodkan Mahkamah Rayuan.
Menurut notis berkenaan, dua pihak tersebut, tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.
Susulan itu, keseluruhan rayuan dihentikan tanpa sebarang perintah terhadap kos.
Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.
Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.
Sementara itu, peguam, Annou Xavier yang mewakili Jill berkata, keputusan yang dibuat mahkamah tinggi dengan ini adalah kekal, selepas notis pemberhentian berkenaan dikeluarkan.
Pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.
Susulan itu, Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.
Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 15 2023

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.

Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.

Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.

Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.

Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.

#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.

Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).

Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.

Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.