KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menambah hari persidangan dalam setahun sebagai usaha memperkasa Dewan Negara.
Bekas Ahli Dewan Negara dan Presiden Majlis Senator Malaysia Datuk Seri Khairudin ES Abd Samad berkata tempoh 28 hari bersidang dalam setahun adalah tidak mencukupi untuk para senator memperjuang nasib rakyat.
"Kita minta tambah hari bersidang selama satu bulan atau dua bulan," katanya pada Wacana Senator bertajuk Strategi Memperkasa Dewan Negara di sebuah hotel di sini malam tadi.
Beliau turut meminta tempoh Ahli Dewan Negara memegang jawatan dilanjutkan hingga lima tahun.
Turut senada, Senator Fadhlina Sidek berkata tempoh tiga tahun adalah tidak mencukupi untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Negara dengan keberkesanan maksimum.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad berkata para senator perlu bergerak dalam satu hati supaya masalah rakyat dapat diselesaikan dan mereka dapat membawa suara rakyat dengan lebih lantang.
"Kita datang dari pelbagai parti politik berbeza tetapi peranan dan tanggungjawab kita sebagai senator mesti sama iaitu melihat apa yang kita lakukan memberi kesan baik kepada rakyat tanpa ada perbezaan dalam parti politik masing-masing.
"Saya harapkan Yang Berhormat dapat guna platform ini sebaiknya dan bekerja sebagai satu pasukan sebagai Ahli Dewan Negara untuk memastikan kita dapat berikan yang lebih baik kepada negara dan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Khairudin (kiri) bersama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Paul Igai (kanan) ketika Wacana Senator: Strategi Memperkasa Dewan Negara malam tadi. Turut hadir, moderator yang juga Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi (tengah). --fotoBERNAMA

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

Kerajaan disaran tambah hari bersidang untuk perkasa Dewan Negara
Khairudin berkata tempoh 28 hari bersidang dalam setahun adalah tidak mencukupi untuk para senator memperjuang nasib rakyat.