Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan undang-undang jenayah Syariah dilaksanakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam.
Bagaimanapun, katanya, peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaan undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan sedia maklum berkenaan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syariah.
“Oleh itu sebelum hasrat berkenaan dapat dilaksanakan, peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaan undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau turut meminta kerajaan negeri Kelantan agar memberi perhatian terhadap penggubalan undang-undang jenayah Syariah yang komprehensif supaya penghukumannya adil dan saksama.
Jamil Khir juga berkata, kerajaan turut berhasrat memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman Syariah dan menyemak semula kedudukan hakim-hakim mahkamah tersebut.
“Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Jenayah Syariah peringkat persekutuan adalah bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah dapat dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkuat kuasa,” tambahnya.
Beliau menjawab soalan dari Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad yang meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan, dan apakah komitmen yang akan diberi oleh kerajaan pusat dalam menjayakan pelaksanaannya.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud di Parlimen, disegerakan.
Beliau merujuk kepada pembentangan RUU itu yang membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Menurutnya, ia merupakan hak bagi kerajaan negeri Kelantan untuk mengemukakan RUU tersebut dan katanya tidak ada halangan daripada DAP untuk tidak bersetuju.
Pada 18 Mac lalu, Abdul Hadi telahpun mengemukakan satu notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.
RUU berkenaan telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu.
Haider Yutim
Fri Apr 10 2015

Jamil Khir berkata kerajaan turut berhasrat memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.

Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.

"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan
Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih 'tidak kukuh', jadi jangan ditanya bila hudud akan dilaksanakan, kata Pas Kelantan.

Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.

PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud
PBB bidas kerajaan Brunei kerana mahu laksana undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoseksual.

Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak semalam mendakwa hukuman tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai minggu depan.

Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.

Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.

Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.