KOTA KINABALU:Kerajaan membenarkan kemasukan pelancong dari Brunei berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata susulan kejayaan negara itu membendung penularan wabak COVID-19 sejak tujuh bulan lalu menjadi salah satu sebab kebenaran tersebut diumumkan.
Bagaimanapun, kesemua warganegara terbabit masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.
"Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk membenarkan pelancong dari Negara Brunei Darussalam masuk ke Negeri Sabah melalui jalan darat dan udara.
"Pengembara dari negara tersebut juga akan tertakluk kepada syarat menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag tiga hari sebelum perjalanan sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP PKPB Sabah.
"Keputusan ini adalah memandangkan Negara Brunei Darussalam tidak termasuk dalam senarai 23 buah negara yang disekat kemasukan ke Malaysia dan setelah melihat kepada kejayaan negara itu mengekalkan sifar kes COVID-19 sejak tujuh bulan lalu.
"Secara tidak langsung langkah ini juga dijangka dapat merancakkan sektor ekonomi negeri Sabah," katanya menerusi sidang media maya di Kota Kinabalu pada Rabu.
Dalam sidang media tersebut, Masidi memaklumkan berlaku penurunan kes pada Rabu iaitu sebanyak 68 kes berbanding yang direkodkan pada selasa iaitu sebanyak 271 kes.
"Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 203 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 31,260 kes.
"Dua kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu di daerah Tuaran dan Sandakan.
"Pada hari ini juga terdapat satu kluster baharu di daerah Penampang iaitu Kluster Kupi-Kupi yang mencatatkan satu kes menjadikan kumulatif 12 kes dan kluster ini dikesan melalui saringan di sebuah kedai makan," katanya.
Tambahnya, kerajaan memutuskan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria, Tuaran selama 14 hari lagi sehingga 24 Disember 2020.
Sebelum ini, PKPD dilaksanakan di kawasan terbabit bermula dari 27 November 2020 hingga 10 Disember 2020.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Dec 10 2020
MASIDI: Pengembara dari negara tersebut juga akan tertakluk kepada syarat menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag tiga hari sebelum perjalanan. - Gambar fail
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Kemboja catat 4.8 juta pelancong antarabangsa dalam 9 bulan pertama 2024
Jumlah itu mencapai 99.7 peratus daripada angka pada sembilan bulan pertama 2019, sebelum era pandemik COVID-19.
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Tiga maut akibat Taufan Tropika John di Mexico
Taufan Tropika John menyebabkan hujan lebat di sepanjang pantai Pasifik selatan Mexico ketika ia bergerak ke darat pada Selasa.
Konsulat Jeneral Malaysia ingatkan pelancong berwaspada dengan cuaca buruk di Thailand
Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand ingatkan pengembara Malaysia untuk sentiasa peka terhadap kemungkinan kesan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu di negara ini.
Trafik penumpang udara naik 12.7 peratus kepada 8.7 juta pada Ogos 2024 - MAVCOM
Lapangan terbang Malaysia memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024, pertumbuhan 12.7 peratus daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023.
Melaka giat promosi TMM 2024 dalam tempoh empat bulan terakhir
Usaha itu bagi memastikan pelancong ke Melaka mencapai sasaran 15 hingga 18 juta orang sepanjang tahun ini.