KUALA LUMPUR:Kerajaan komited menangani sebarang berita dan laporan palsu serta penyalahgunaan media sosial melalui undang-undang sedia ada, setakat ini.
Pada masa sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan akan terus mengenal pasti pendekatan paling ampuh dan mapan dalam mengekang penyebaran berita tidak benar.
"Berhubung dengan Akta Anti Berita Tidak Benar, dengan berkuatkuasanya Akta Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2020 (Akta 825) yang baru diwartakan pada 30 Januari 2020, sebarang berita palsu, laporan palsu dan penyalahgunaan media sosial ditangani melalui undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang turut mahu tahu mekanisme Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam membendung masalah penyebaran berita palsu terutama berkaitan COVID-19.
Jawapan Saifuddin dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Dr Mah Hang Soon selepas Saifuddin dimaklumkan malam tadi bahawa beliau tidak dibenar memasuki Dewan kerana menjalani ujian calitan COVID-19 awal beberapa hari daripada jadual yang ditetapkan Parlimen.
Keputusan ujian Saifuddin adalah negatif.
Sementara itu, Timbalan Menteri Datuk Zahidi Zainul Abidin pula tidak dapat hadir kerana mempunyai janji temu berjadual bersama doktor.
Pada masa sama, Saifuddin berkata, KKMM menyarankan seluruh rakyat untuk bertindak menangani penyebaran berita palsu yang boleh menyebabkan keadaan gusar dan mengancam ketenteraman awam.
"Nasihat dihebahkan melalui pelbagai pesanan khidmat awam dengan mesej 'Tidak Pasti, Jangan Kongsi'," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KKMM sentiasa menghebahkan usaha-usaha kerajaan bagi membendung masalah penyebaran berita palsu, terutama berkaitan pandemik COVID-19.
Katanya, KKMM melalui agensi-agensi berkaitan berterusan memberikan maklumat-maklumat yang tepat dan tulen berkenaan dasar-dasar kerajaan.
Langkah tersebut termasuk melalui Program Info On Wheels (IOW), media sosial rasmi kementerian, paparan elektronik serta penerbitan risalah.
Akta Antiberita Tidak Benar dibentangkan di Parlimen pada 2018, sebelum diluluskan pada 2 April tahun sama, dengan pindaan terhadap hukuman penjara daripada maksimum 10 tahun kepada enam tahun.
Akta itu bagaimanapun dimansuhkan apabila Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pemansuhan itu diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 menerusi Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 16 2020

KKMM menyarankan seluruh rakyat untuk bertindak menangani penyebaran berita palsu yang boleh menyebabkan keadaan gusar dan mengancam ketenteraman awam.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Seseorang yang menyelamatkan negaranya tidak melanggar undang-undang - Trump
Trump menerima kritikan selepas menggunakan petikan yang diubah suai dan dikaitkan dengan maharaja Perancis yang menobatkan dirinya sendiri, Napoleon.

Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang
Singapura sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang melanggar peraturan.

Dakwa anak dipukul guru, ibu mahu pembelaan sewajarnya
Ibu kepada murid yang cedera didakwa akibat dipukul guru pada 10 Dis lepas mahu anaknya mendapat pembelaan sewajarnya.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024
NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya.

Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.

KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.

Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan
Tindakan itu bertujuan memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perubahan.