Kerajaan dianggarkan dapat menyediakan 45,000 unit rumah selepas projek pembangunan semula dilaksanakan di Kampung Baru di sini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
"Anggaran kerajaan selepas pembangunan semula dijalankan sejumlah 45,000 unit rumah kediaman dapat disediakan berbanding hanya sekitar 3,000 hingga 3,500 buah rumah yang ada pada masa ini.
"Antara matlamat wujudnya Kampung Baru dulu untuk tambah orang Melayu di bandaraya... kita kena bangunkan juga kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas program Pra Pelancaran Sesi Town Hall Menteri Wilayah bersama pemilik tanah kawasan Malay Agriculture Settlement (MAS) Kampung Baru, di sini, hari ini.
Katanya, pemilikan rumah tersebut hanya terbuka kepada kaum Melayu dan dijangka disiapkan secara berperingkat mengikut fasa projek pembangunan semula kampung bersejarah tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, pada sesi town hall yang dijadualkan pada 21 September depan pemilik atau waris tanah kawasan tersebut akan diberi peluang bertanya soalan dan mengemukakan cadangan.
"Kita akan buat pembentangan pada hari tersebut... ada kawasan dikekalkan rumah tradisional, ada pembahagian kawasan misalnya zon kebudayaan, kawasan hijau dan perniagaan...kita nak jadikan ia kawasan hartanah Melayu Bumiputera yang paling bernilai dan 'hot' jadi rebutan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019
Kerajaan berhasrat jadikan Kampung Baru sebagai kawasan hartanah Melayu Bumiputera paling bernilai di Kuala Lumpur. - Gambar fail BERNAMA
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.