KUALA LUMPUR: Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin), menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan keputusan tawaran dan pendaftaran itu boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my/, manakala murid yang tidak mempunyai capaian Internet, boleh menyemak keputusan di sekolah asal masing-masing.
Bagi murid yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan sama atau melalui sekolah masing-masing mulai 3 hingga 17 Julai 2023.
"Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama atau dimaklumkan pihak sekolah bagi murid yang tidak mempunyai capaian Internet," menurut kenyataan itu.
Menurut KPM, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan 17 Julai bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran, manakala pengambilan rayuan, tarikh lapor diri pada 25 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin). - Gambar fail

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini - KPM
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin).