KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Julai ini untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam K.Theivaendran mewakili Sabudin.
Terdahulu, Wan Shaharuddin berhujah hakim bicara keliru dengan pertuduhan dihadapi responden (Sabudin) dan hakim itu menyalahkan pihak perayu (pendakwaan) kerana gagal menunjukkan adanya keperluan responden meminta rasuah daripada saksi utama pendakwaan, Wong May Kuan yang merupakan subkontraktor kepada Dusari Niaga.
"Hakim bicara telah melakukan kesilapan melampau dan tersalah arah apabila gagal mempertimbangkan keterangan-keterangan yang tidak memihak kepada responden apabila memutuskan responden telah memberikan keterangan yang jujur.
"Mohon rayuan pendakwaan dibenarkan dan perintah hakim bicara membebaskan responden (Sabudin) diketepikan serta responden disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan itu," katanya.
MAHKAMAH-RASUAH 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, Theivaendran pula berhujah hakim bicara membuat dapatan yang betul ketika membebaskan anak guamnya berdasarkan keterangan saksi.
"Oleh itu, kami mohon rayuan pihak pendakwaan ditolak," kata peguam itu.
Tahun lepas, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 15 Sept 2022, yang melepas dan membebaskan Sabudin, 61, daripada dua pertuduhan rasuah di akhir kes pembelaan.
Sabudin diperintahkan membela diri atas kedua-dua pertuduhan itu selepas Mahkamah Tinggi pada 24 Mac 2022, membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 18 Dis 2020, yang membebaskannya daripada dua pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan iaitu wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Wong May Kuan, subkontraktor kepada Dusari Niaga yang melaksanakan "Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214)" sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini dan di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, masing-masing pada 9 Jun 2018 dan 17 Jan 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Julai ini untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Sabudin Mohd Salleh daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. - Gambar fail/BERNAMA
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah DBKL dihukum penjara 4 tahun, denda RM1 juta
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh atas dua pertud
Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL didapati bersalah 2 tuduhan rasuah
Mahkamah Tinggi mendapati bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh bersalah atas dua pertuduhan memperoleh suapan.
Mahkamah Rayuan kekal pembebasan bekas timbalan pengarah kanan DBKL daripada dakwaan rasuah
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL daripada satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM150,000.
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah DBKL 25 Julai
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam K.Theivaendran mewakili Sabudin.
Bekas timbalan pengarah DBKL menangis selepas kali kedua bebas tuduhan rasuah
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.
Rasuah: Bekas timbalan pengarah DBKL diperintah bela diri
Sabudin Mohd Salleh diperintahkan membela diri atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Bekas timbalan pengarah kanan DBKL didakwa lagi
Tertuduh, Sabudin Mohd Salleh, 58 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim S Indera Nehru.
Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL hadapi enam pertuduhan esok
Kesemua maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.