KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Hakim K. Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 15 Sept 2022 yang membebaskan Sabudin, 62, daripada kedua-dua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak bermula hari ini serta denda RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan atau penjara empat tahun, jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, Muniandy membenarkan permohonan peguam K.Theivaendran yang mewakili Sabudin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan sabitan terhadap anak guamnya sementara menunggu rayuan akhir di Mahkamah Rayuan.
Sabudin, yang memakai sut kelabu dan berkerusi roda kerana mengalami masalah sakit lutut, kelihatan tenang sepanjang prosiding.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang dibantu Natrah Fareha Rahmat memohon mahkamah menjatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM1 juta ke atas Sabudin dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain kesalahan itu serius kerana melibatkan kes rasuah.
Seorang lagi peguam iaitu Y.Sheelan Samuagam bagaimanapun memohon agar Sabudin dipenjara sehari atas alasan anak guamnya menghidap osteoartritis di bahagian kedua-dua lutut dan pernah menjalani beberapa pembedahan besar.
"Anak guam saya tidak dapat berdiri atau berjalan dengan baik selain memerlukan bantuan kerusi roda. Selepas kaki kirinya menjalani pembedahan pada Januari tahun ini, keadaannya tidak stabil. Oleh itu, dia perlu kerap mendapatkan rawatan susulan di hospital," katanya.
Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Sesyen membebaskan Sabudin daripada kedua-dua pertuduhan di akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, Sabudin diperintah membela diri atas kedua-dua pertuduhan selepas Mahkamah Tinggi pada 24 Mac 2022 membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan wang tunai itu daripada Wong May Kuan.
Wong ialah subkontraktor Dusari Niaga yang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2018/2020 dan suapan itu adalah sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada syarikat berkenaan.
Sabudin didakwa melakukan kesalahan itu di kedai serbaneka sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini serta di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang pada 9 Jun 2018 dan 17 Jan 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Sabudin (berkerusi roda) dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta di atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. -Gambar fail/Bernama
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah DBKL dihukum penjara 4 tahun, denda RM1 juta
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh atas dua pertud
Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL didapati bersalah 2 tuduhan rasuah
Mahkamah Tinggi mendapati bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh bersalah atas dua pertuduhan memperoleh suapan.
Mahkamah Rayuan kekal pembebasan bekas timbalan pengarah kanan DBKL daripada dakwaan rasuah
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL daripada satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM150,000.
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah DBKL 25 Julai
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam K.Theivaendran mewakili Sabudin.
Bekas timbalan pengarah DBKL menangis selepas kali kedua bebas tuduhan rasuah
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.
Rasuah: Bekas timbalan pengarah DBKL diperintah bela diri
Sabudin Mohd Salleh diperintahkan membela diri atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Bekas timbalan pengarah kanan DBKL didakwa lagi
Tertuduh, Sabudin Mohd Salleh, 58 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim S Indera Nehru.
Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL hadapi enam pertuduhan esok
Kesemua maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.