KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, dilepaskan atau disabitkan atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), akan diketahui 26 Mei depan.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan tarikh itu, selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.
"Saya juga akan memberikan alasan penghakiman saya semasa menyampaikan keputusan itu,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Haresh Prakash Somiah dan Francine Cheryl Rajendram, manakala peguam S. Devanandan mewakili Peter.
Terdahulu, Devanandan berhujah bahawa berdasarkan keterangan Peter yang merupakan saksi pembelaan pertama (SD1) dan pembantu peribadinya Imy Christopher (SD2), surat sokongan berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan M&E di universiti berkenaan, tidak ditaip di pejabat syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd (AJESB) oleh saksi pendakwaan ketiga (SP3) Mohd Shukur Mohd Din.
Beliau berkata adalah tidak munasabah bagi pihak pendakwaan menyatakan bahawa 'tajuk' pada surat itu telah ditambah oleh Peter.
"Keterangan Nurul Aiman Azmail (SD3) pula dengan jelasnya menyatakan bahawa, sekiranya analisis forensik dijalankan ke atas 'hard drive' komputer, analisis itu akan menunjukkan sama ada deraf surat itu telah ditaip dalam komputer tersebut dan sama ada terdapat sebarang penambahan pada deraf tersebut,” kata peguam itu.
Sementara itu, Wan Shaharuddin berkata Peter membuat pemalsuan ke atas surat yang ditaip Peter di pejabatnya dan Mohd Shukur dalam keterangannya menyatakan, beliau telah meninggalkan surat kosong yang mempunyai kepala surat (letter head) Timbalan Naib Canselor di pejabat Peter, dan keesokannya menerima surat yang telah siap dicetak daripada Peter yang mempunyai tarikh dan isi kandungan berserta tajuk.
"Kami memohon mahkamah merekodkan suatu dapatan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah,” katanya.
Peter, dikecualikan kehadirannya pada prosiding hari ini, mengikut Seksyen 264 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) berikutan ahli politik itu menghadiri satu acara rasmi di Tenom, Sabah.
Pada 14 Disember tahun lepas, mahkamah memerintahkan Peter, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.
Peter yang juga bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), memberi keterangan dari tempat saksi pada 9 dan 10 Februari lepas.
Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Bernama
Thu Mar 31 2022

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan tarikh itu, selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan. - Gambar fail

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine
G7 menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan bersetuju terhadap gencatan senjata secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Peter Anthony hilang kelayakan sebagai ADUN Melalap secara automatik selepas tempoh 14 hari - Speaker
Kerusi DUN Melalap hanya akan dikosongkan secara automatik selepas 14 hari sekiranya penyandangnya, Datuk Peter Anthony, tidak menggunakan sebarang jalan perundangan yang tersedia.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.

Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.

Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.

Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan akhirnya.

Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.

Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.

Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman
Ini adalah rayuan terakhirnya kerana kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.