KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Nov untuk keputusan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) membatalkan saman pemula difailkan seorang ahli perniagaan dari Korea Utara terhadap Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) serta tiga pihak lagi berhubung perintah ekstradisi ke AS ke atas lelaki berkenaan.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly dan peguam Datuk Nicholas Kow dan Emile Ezra Hussain yang mewakili Mun Chol Myong, 56.
Dalam hujahnya, Nicholas berkata berlaku pelanggaran hak asasi plaintif dan dia telah diserahkan kepada negara lain secara salah tanpa mematuhi undang-undang negara ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Plaintif berhujah bahawa saman pemula ini wajar didengar dan diputuskan berdasarkan meritnya, dan menanganinya melalui proses ringkasan akan menjadikan haknya di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dinafikan," katanya.
Beliau berkata sekiranya mahkamah membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman pemula itu, ia akan memprejudiskan plaintif kerana haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan dilucutkan tanpa sebarang kaedah untuk membetulkan ketidakadilan itu.
Ahmad Hanir berhujah bahawa tindakan undang-undang yang dibawa oleh plaintif tidak lagi relevan selepas dia diekstradisi ke AS pada 17 Mac 2021 dan oleh itu memohon supaya saman pemula itu dibatalkan.
Pada 8 Mac lepas, Mun memfailkan saman pemula dengan menamakan pendakwa raya, Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan Malaysia dan kerajaan AS masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima.
Mun memohon deklarasi bahawa Seksyen 4 dan Seksyen 20 Akta Ekstradisi 1992 tidak berperlembagaan, batal, tidak sah dan tiada kesan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta Pindaan Kelapan dan Pindaan ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat.
Dia juga memohon injunksi bagi menghalang kerajaan AS daripada mengambil tindakan melalui Menteri Dalam Negeri Malaysia, KDN dan kerajaan Malaysia menurut Perjanjian Ekstradisi antara kedua-dua negara itu yang ditandatangani pada 3 Ogos 1995.
Pada 13 Mei 2019, pendakwaan memfailkan permohonan di Mahkamah Majistret untuk waran tangkap sementara terhadap Mun yang kemudiannya dibenarkan pada hari yang sama.
Pada 10 Jun 2019, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengemukakan permohonan rasmi melalui saluran diplomatik kepada kerajaan Malaysia untuk Mun diekstradisi.
Dalam permohonan ekstradisi itu, dinyatakan bahawa Mun adalah penjenayah dalam buruan yang dikehendaki menghadiri perbicaraan di AS berikutan waran tangkap yang dikeluarkan kepadanya atas tuduhan konspirasi pengubahan wang haram.
Mahkamah Sesyen pada 13 Dis 2019, mengeluarkan perintah agar Mun dihantar ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perintah penyerahan daripada Menteri Dalam Negeri kepada pihak berkuasa AS.
Mun kemudiannya memfailkan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Dis, 2019 untuk memohon dibebaskan daripada tahanan, bagaimanapun ditolak oleh mahkamah pada 8 Okt tahun lepas.
Ahli perniagaan itu kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan habeas corpus itu di Mahkamah Persekutuan namun rayuannya ditolak pada 9 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021

Mahkamah Sesyen pada 13 Dis 2019, mengeluarkan perintah agar Mun dihantar ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perintah penyerahan daripada Menteri Dalam Negeri kepada pihak berkuasa AS. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Azizi gagal hentikan PRK DUN Nenggiri
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa, Ahli Parlimen Gua Musang ini tidak berdepan kesulitan jika PRK dijalankan semula.

Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Keputusan permohonan empat ADUN P. Pinang pinda saman berkaitan Antilompat Parti 6 Okt
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini berhubung permohonan ADUN tersebut.

Bursa Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap Serba Dinamik
Permohonan mahkamah dibuat berikutan kegagalan Serba Dinamik untuk mematuhi arahan Bursa Malaysia bertarikh 22 Okt, 2021.

Keputusan permohonan AGC batal saman pemula warga Korea Utara diekstradisi ke AS pada 24 Nov
Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Nov untuk keputusan permohonan Jabatan Peguam Negara membatalkan saman pemula difailkan seorang ahli perniagaan dari Korea Utara.

Isu kerakyatan bayi baru lahir: Mahkamah tolak rayuan kerajaan
Mahkamah mendapati saman pemula itu tidak remeh seperti yang dinyatakan kerajaan dan melibatkan isu penting menjurus kepada tafsiran Perkara 8 dan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.

Akta Majlis Keselamatan Negara sah - Mahkamah Persekutuan
Zaleha berkata AMKN adalah sah dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Keselamatan Negara.

Mahkamah benarkan permohonan Hadi Awang batalkan saman berhubung kenyataan menghasut
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan dua rakyat Sabah berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut Kristian.

Jabatan Peguam Negara mohon batal saman ibu berhubung kewarganegaraan kanak-kanak
Antara alasan permohonan itu perlu dibatalkan adalah saman yang difailkan melalui saman pemula adalah suatu yang remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah.

Hamid Sultan tarik balik saman terhadap dua peguam
Pada 4 Feb lepas, JEC yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah memutuskan untuk menggantung tugas Hamid Sultan sehingga 27 Ogos 2021.