PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (AMKN) 2016 adalah sah dan merupakan undang-undang berperlembagaan.
Dalam keputusan majoriti 5-2 yang dicapai tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk menjawab persoalan perundangan mengenai keperlembagaan AMKN yang dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan saman pemula yang difailkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar keperlembagaan AMKN.
Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan permohonan Anwar di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan perlembagaan.
Keputusan majoriti dibacakan oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof dan lain-lain anggota panel hakim yang bersetuju dengan beliau adalah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan and Datuk Rhodzariah Bujang.
Zaleha berkata AMKN adalah sah dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Keselamatan Negara, antaranya ia tidak menunjukkan AMKN adalah undang-undang bagi menentang subversif.
"Dengan jelas, ia bermaksud untuk merangkumi perlindungan dan keselamatan rakyat terhadap keadaan seperti banjir, gempa bumi dan situasi lain seperti pandemik COVID-19 pada masa ini. Mahkamah tidak boleh menutup mata sebaliknya mengambil maklum dari segi perundangan magnitud dan kesan pandemik COVID-19, semuanya kekal nyata dan memberi kesan kepada keselamatan negara ini.
"Sudah pasti, COVID-19 bukannya disebabkan tindakan atau ancaman tindakan subversif, keganasan terancang, perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam disebabkan sekumpulan orang yang terbesar, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan. Tiada bukti yang hampir boleh menyebabkan tindakan diambil di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah tidak boleh terlibat di dalam membuat spekulasi," kata beliau ketika menyampaikan keputusan itu dalam aplikasi Zoom.
Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang berpendapat AMKN 2016 adalah tidak selari dengan perlembagaan dan tidak sah kerana ia adalah satu undang-undang bagi menguruskan keselamatan negara dan ketenteraman awam yang berpotensi menjejaskan hak asasi seseorang seperti kebebasan diri, kebebasan bergerak, kebebasan bersuara , berhimpun dan menubuhkan persatuan serta hak terhadap harta.
Ong berkata mahkamah didorong kepada kesimpulan bahawa AMKN adalah satu undang-undang keselamatan dengan kuasa seperti dalam darurat yang melampaui semua empat hak asasi terutamanya yang secara spesifik dibenarkan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, AMKN adalah suatu akta yang termasuk dalam lingkungan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu saya membenarkan rayuan itu," katanya.
Ong kemudian mengarahkan kes itu didengar di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Persekutuan mendengar semula soalan perundangan Anwar pada 10 Sept tahun lepas dan membenarkan permohonan semakan semula Anwar untuk mengetepikan satu keputusan majoriti pada 11 Feb yang enggan menjawab soalan berperlembagaan mengenai kesahan AMKN.
Pada 11 Feb tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dengan majoriti 5-2 menolak untuk mendengar soalan berperlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai AMKN dan menyatakan tidak pernah ditunjukkan bahawa kewujudan AMKN telah menjejaskan kehidupan peribadi Anwar.
Sehubungan itu Anwar memfailkan satu permohonan untuk menyemak semula keputusan 11 Feb itu dan mahkamah membenarkan permohonannya pada 10 Sept untuk mengetepikan keputusan majoriti itu dan mengarahkan kes itu didengar semula di Mahkamah Persekutuan.
Anwar telah memfaikan saman pemula pada 2016 untuk mencabar keperlembagaan AMKN dan mendakwa pelaksanaannya tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan selaku defendan.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan S Narkunavathy mewakili Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Malaysia sementara Datuk Seri Gopal Sri Ram dan J Leela mewakili Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021

Mahkamah Persekutuan mendengar semula soalan perundangan Anwar pada 10 Sept tahun lepas. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.