KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim gagal untuk menghentikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, menolak permohonan injunksi sementara dalam saman pemula yang difailkan, Isnin lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa, Ahli Parlimen Gua Musang ini tidak berdepan kesulitan jika PRK dijalankan semula.
Beliau berkata, ini kerana ahli politik terbabit masih berpeluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya terbabit.
Ketika prosiding yang dibuat secara tertutup, Pesuruhjaya Kehakiman itu berkata, injunksi sementara tidak boleh menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada menjalankan tugas mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan Mohd Azizi membayar kos RM7,000 bagi setiap defendan.
Pada 24 Jun lalu, Mohd Azizi mengemukakan saman pemula bagi menghentikan SPR daripada mengadakan pilihan raya di kawasan DUN berkenaan.
Mohd Azizi yang juga bekas Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shankar Govinth, dengan memohon perisytiharan bahawa DUN itu tidak kosong maka PRK bagi kerusi terbabit tidak boleh dijalankan.
Beliau juga memohon perisytiharan bahawa pemecatan jawatan dan keahliannya dalam Bersatu melalui notis bertarikh 12 Jun lalu adalah tindakan yang tidak sah.
Mohd Azizi selaku plaintif, menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan SPR selaku defendan.
Mohd Azizi turut memohon perisytiharan bahawa surat makluman daripada Mohd Amar kepada SPR bahawa kerusi DUN Nenggiri kosong, digantung pelaksanaannya.
Plaintif juga memohon perisytiharan bahawa surat makluman itu adalah tidak sah dan batal, dan pemecatan jawatannya daripada parti adalah berniat jahat.
Dalam tuntutan itu, Mohd Azizi menegaskan bahawa pindaan kepada Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang menetapkan keahlian seseorang akan dihentikan jika menyokong saingan politik, adalah tidak berperlembagaan.
Media sebelum ini melaporkan, Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.
Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada parti.
Susulan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas PRK DUN Nenggiri pada 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, peguam, Chetan Jethwani mewakili Bersatu selaku defendan berkata, permohonan injunksi penuh akan didengar pada 28 Ogos depan.
Susulan keputusan terbabit, beliau berkata, SPR boleh mengadakan Mesyuarat Khas PRK DUN, yang dijadualkan pada Jumaat.
Dalam prosiding ini, Mohd Azizi diwakili peguam, Datuk Rajan Ravaratnam manakala SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 27 2024

Mohd Azizi Abu Naim gagal untuk menghentikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu selepas Mahkamah Tinggi pada Khamis, menolak permohonan injunksi sementara dalam saman pemula yang difailkan, Isnin lalu. - Gambar fail/Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Isu kerusi DUN Nenggiri: 19 Feb keputusan batal saman Mohd Azizi
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Feb tahun depan bagi menentukan keputusan permohonan SPR, Bersatu dan Speaker DUN Kelantan untuk membatalkan saman pemula difailkan bekas ADUN.

PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.

'Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi
Mohd Azizi Abu Naim menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRK Nenggiri: Mohd Azizi beri laluan kepada PH-BN
Mohd Azizi berkata sebaliknya beliau akan memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

PRK Nenggiri: Tidak patut halang proses Perlembagaan - Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, dalam konteks kawasan Nenggiri, pilihan raya perlu dilakukan kerana kerusi kawasan itu sudah kosong.

Mohd Azizi gagal hentikan PRK DUN Nenggiri
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan bahawa, Ahli Parlimen Gua Musang ini tidak berdepan kesulitan jika PRK dijalankan semula.

Mohd Azizi fail saman pemula hentikan PRK DUN Nenggiri
Mohd Azizi Abu Naim memfailkan saman pemula bagi menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Keputusan injunksi tangguh umum tarikh PRK DUN Nenggiri diketahui esok - Mohd Azizi
Mohd Azizi berkata DUN Kelantan telah melakukan beberapa kesalahan dalam mengumumkan kekosongan kerusi tersebut termasuk ia dibuat di luar sidang DUN Kelantan.
![[TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan [TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693879509_MohdAmar.jpg)
[TERKINI] Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan
Pengisytiharan itu dibuat Mohd Amar mengikut Perkara 31 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menerusi satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Mohd Azizi kekal sokong kerajaan negeri di DUN Kelantan
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pendekatan itu berbeza dengan tindakan yang dilakukan di peringkat Pusat dengan menyokong PM Anwar.