SHAH ALAM: Keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan akan diketahui pada 30 Mei.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pada akhir kes pendakwaan.
"Terima kasih banyak semua, mahkamah tetapkan 30 Mei, Isnin pada sebelah petang jam 2.30," katanya selepas mendengar hujahan selama empat hari bermula 7 April lepas.
Pasukan pendakwaan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar manakala pembelaan terdiri daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.
Terdahulu, Tengku Intan Suraya berhujah teori 'Stage Crime Scene' atau kejadian yang diada-adakan seperti dinyatakan Pegawai Forensik Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Prashant Sanberker, saksi pendakwaan ke-50 (SP50), adalah berasas kerana ia disokong dengan penjelasan serta hasil penemuan ketika lawatan tempat kejadian.
"Keterangan SP50 mengenai teori itu berdasarkan kepada penemuan dua bentuk yang berbeza di belakang badan simati iaitu 'post mortem hypostasis'. Bentuk ini mengambil masa kosong hingga enam jam untuk wujud dan enam hingga 12 jam seterusnya untuk membolehkan bentuk ini menjadi kukuh.
"Sekiranya mayat dialihkan, bentuk kedua akan mengikut bentuk yang pertama dan jika simati mati di atas lantai seperti dijumpai, hanya akan terdapat satu bentuk di bahagian belakang badan si mati," katanya.
Beliau berkata selain membuat pemerhatian terhadap gambar-gambar yang dibekalkan, SP50 turut melawat tempat kejadian pada 4 Okt 2018.
Sementara itu, Muhammad Shafee berhujah bahawa pihak pendakwaan secara konsisten membuat penegasan bahawa ia adalah 'kejadian yang diada-adakan' tetapi gagal untuk menghuraikan apa yang mereka maksudkan.
"Sebagai contoh, adakah pihak pendakwaan mendakwa yang diada-adakan itu adalah untuk 'kemalangan' atau 'letupan telefon' dan dengan kekaburan ini, hujahan pihak pendakwaan mengenai 'kejadian yang diada-adakan' sepatutnya ditolak," katanya.
Muhammad Shafee berkata saksi pendakwaan ke-33, Sjn Abdul Rahim Taha berkata semasa beliau menyoal Samirah, wanita itu memberitahunya yang dia tidak mendengar bunyi letupan.
"Sekiranya Samirah ingin menutup pembunuhan dengan kemalangan atau 'mengada-adakan' kemalangan, Samirah akan berkata 'Ya' bahawa ada letupan. Malah, pada 15 Jun 2018 berita tentang kebakaran dan telefon meletup telah pun keluar di khalayak ramai," katanya.
Pada 14 Feb lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; Dr Prashant Sanberker serta pengawal keselamatan kediaman si mati Raju Kumar Pandit.
Perbicaraan bermula pada 6 Sept 2019.
Samirah, 47, serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan akan diketahui pada 30 Mei. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.
Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini, semalam.
Polis tahan suspek utama kes bunuh lelaki Pakistan di Pulau Pinang
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kedai di Pulau Tikus, di sini semalam.
Bunuh kerat lapan, bekas banduan akhir insaf, mahu berbakti
Pembunuhan yang dilakukan dengan mengerat mangsa kepada lapan bahagian sesuatu yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan, malah amat disesali Khairul Anuar Zakaria, 64.
Anak Sosilawati syukur pembunuh ibu akhirnya ke tali gantung
Anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh 14 tahun lalu bersyukur kerana pembunuh ibunya bakal ke tali gantung.
Hukuman gantung kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati kekal
Bekas peguam, N Pathmanabhan dan dua lagi kekal dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi pada 2010.
Laporan bedah siasat belum siap, kes bunuh Farah Kartini tangguh tiga bulan
Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 10 Disember depan bagi sebutan kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 September 2024.
Lelaki rentung: Polis tahan suspek kes bunuh
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Sitiawan sehingga menyebabkan seorang lelaki rentung.