Keputusan untuk mengembalikan semula status ‘rakan sekutu’ kepada Sabah dan Sarawak, perlu memandangkan banyak keputusan sebelum ini dibuat di Kuala Lumpur tanpa mengambil kira kepentingan sebenar kedua-dua negeri itu, kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata antara langkah yang mungkin boleh diambil ialah mengambil lebih banyak rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung dalam sektor kerajaan, ataupun memberi lebih banyak kuasa autonomi kepada pentadbiran negeri itu.
Ditanya sekiranya adakah ia akan melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan, perdana menteri berkata, “Ya, (sebagai contoh) saya diberitahu banyak sekolah di negeri anda masih dibuat dari kayu, dan masih banyak perkara harus diberi perhatian di sini.”
Semalam, sewaktu berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia ke-55 di Padang Merdeka di sini, Dr Mahathir memberi jaminan Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan akan mengembalikan status ‘rakan sekutu’ kepada kedua-dua negeri itu, selepas kajian dilakukan semula terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menjelas lanjut, perdana menteri berkata sebarang perubahan terhadap Perlembagaan itu memerlukan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen, yang mana melibatkan sokongan daripada pihak pembangkang.
“Sementara itu, kami akan terus mengkaji perkara yang perlu dimansuhkan atau diganti dengan klausa baharu, tetapi ada juga beberapa undang-undang berkaitan yang perlu kami teliti,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi dengan jemaah Kabinet Sabah, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berharap agar pihak pembangkang dapat memberi sokongan apabila diperlukan demi kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
Firdaus Azil
Mon Sep 17 2018

Tun Juhar Mahiruddin bersama Dr Mahathir, Mohamad Shafie dan Douglas Embas memotong kek sempena sambutan Hari Malaysia. -Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

KPM beri guru, sekolah autonomi laksana ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025.

Kuasa autonomi, kawal selia LWHNPP kekal di bawah kerajaan Pulau Pinang
Kuasa autonomi, kawal selia dan eksekutif LWHNPP masih kekal di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang walaupun lembaga itu kini dipindahkan ke KPN.

Kemasukan Tingkatan Enam hanya melalui pengetua sekolah
Kemasukan pelajar bagi menyambung pengajian ke Tingkatan Enam kini hanya perlu melalui pengetua sekolah dan tidak lagi perlu memohon tawaran kemasukan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Rang undang-undang persediaan serah semula kuasa autonomi elektrik Sabah dilulus
Takiyuddin berkata pindaan tersebut selaras dengan komitmen kerajaan menyemak semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Kuasa autonomi imigresen Sarawak kawal penularan COVID-19
Penguatkuasaan secara tegas yang dilaksanakan ternyata memberi kesan positif dalam mengekang jangkitan virus berkenaan di negeri itu.

40 terkorban dalam keganasan Hindu-Muslim di India
Pihak polis pada Jumaat memaklumkan bahawa ratusan telah ditahan dan tahap keselamatan ditingkatkan di daerah tersebut.

Sayap UMNO desak wakil rakyat pulangkan kerusi jika ingin keluar parti
Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.

Kepentingan Sabah, Sarawak sudah cukup terabai - Tun M
Antara langkah yang mungkin boleh diambil ialah mengambil lebih banyak rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung dalam sektor kerajaan.

Sabah mohon kuasa autonomi bidang pendidikan
Perkara itu ada dibincangkan dengan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan permintaan itu disambut positif.

Ketua Menteri Sarawak berterima kasih kepada Anwar
Datuk Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya untuk mengembalikan kuasa autonomi Sarawak dan Sabah.