KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan dua rang undang-undang sebagai persediaan penyerahan semula kuasa autonomi dalam pembekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.
Dua rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022.
Kedua-duanya dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Takiyuddin berkata pindaan terhadap Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726) itu, selaras dengan komitmen kerajaan menyemak semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 berkaitan hak serta kuasa autonomi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak.
Pindaan terhadap kedua-dua akta itu termasuk memasukkan subseksyen baharu iaitu memberikan menteri kuasa menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan kedua-dua akta di bahagian yang berlainan di Malaysia.
Menurutnya peruntukan undang-undang bagi membolehkan penggantungan pemakaian Akta 725 itu perlu disediakan terlebih dahulu supaya proses penyerahan kuasa untuk pembekalan elektrik termasuk daripada Mekanisma Tarif Galakan (FiT) dapat dilaksanakan dengan teratur tanpa menimbulkan implikasi terhadap aspek perundangan kelak.
Sama seperti Akta 725, menurutnya Akta 726 juga tidak mengandungi peruntukan yang membolehkan pemakaian akta itu digantung di mana-mana bahagian di Malaysia.
"Dengan wujud klausa penggantungan ini, menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta, menggantung penguatkuasaan Akta 726 supaya kuasa kawal selia pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) termasuk pelaksanaan FiT boleh diambil alih oleh kerajaan negeri Sabah.
"Saya difahamkan bahawa kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan Unit Tenaga Negeri Sabah di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk melaksanakan tugas perancangan dan kawal selia pembangunan TBB sekiranya proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik dilakukan," katanya.
Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2022 secara sebulat suara tanpa bahas selepas dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 itu antara lain mencadangkan peningkatan jumlah penalti maksimum kepada RM50,000 daripada RM10,000 sebelum ini, serta menaikkan hukuman maksimum penjara daripada tiga tahun ke lima tahun bagi beberapa kesalahan di bawah rang undang-undang itu.
Antara kesalahan yang memperuntukkan hukuman itu ialah mencetak atau membantu dalam pencetakan atau menerbitkan atau membantu dalam penerbitan sesuatu teks al-Quran tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Persidangan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
![Rang undang-undang persediaan serah semula kuasa autonomi elektrik Sabah dilulus Rang undang-undang persediaan serah semula kuasa autonomi elektrik Sabah dilulus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664805504_TakiyuddinHassanK.jpg)
Takiyuddin pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat ketika berlangsung di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
![Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693605238_TBNantaLinggi.jpg)
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
![KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723462110_JohariAbdul.jpg)
KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal
Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.
![Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723118995_TanSriJohariAbdul.jpg)
Kerajaan negeri dicadang masukkan peruntukan khas Speaker dalam bajet negeri
Semua kerajaan negeri dicadangkan agar memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bajet negeri masing-masing.
![Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722959383_DewanUndanganNeger.jpg)
Ahli Parlimen tidak hadir persidangan Dewan Rakyat berisiko kehilangan elaun
Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk tempoh tertentu berisiko kehilangan elaun sebaik Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa.
![Sidang Anak Muda K2K buka ruang golongan muda bersuara Sidang Anak Muda K2K buka ruang golongan muda bersuara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722680937_FahmiFadzil.jpg)
Sidang Anak Muda K2K buka ruang golongan muda bersuara
Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) membuka peluang kepada golongan muda bersuara, mengemukakan pandangan serta mendalami konteks sidang Dewan Rakyat dengan lebih jelas.
![Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menumpukan usaha pada mempertingkatkan aset dan kebajikan pasukan keselamatan di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
![Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722426334_IsmailHaniyehMuh.jpg)
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
![Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721634695_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina
Suatu sidang khas Parlimen perlu diadakan di bawah Peraturan 11(3), Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membahaskan pengehadan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun.
![Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs
Tindakan sesetengah ahli politik yang sesuka hati menggunakan nama penjawat awam dalam pertikaian politik adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
![Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721686691_Bulgariaparliament.jpg)
Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik
Ahli politik Bulgaria sekali lagi gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya parlimen pada Jun.