SHAH ALAM:Kes positif COVID-19 harian yang tinggi di Selangor sejak kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor antaranya kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata jumlah kes positif COVID-19 harian yang tinggi itu pastinya menjadikan rakyat Selangor agak gusar serta sangat bimbang apabila ia mencecah sehingga empat angka dan masih belum turun ke dua angka sejak sebulan lepas.
Disebabkan itu katanya, seluruh penduduk di Selangor harus kekal berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair pensanitasi.
"Apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah memperbanyakkan ujian saringan terhadap masyarakat serta komuniti. Lebih 19,000 ujian telah dilaksanakan sejak jangkitan COVID-19 bermula (di Malaysia) dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pentadbiran ini.
"Kami sasarkan 50,000 lagi ujian saringan akan dijalankan untuk membantu (Kementerian Kesihatan) mengenal pasti kes positif di Selangor," katanya menerusi satu video dimuat naik di laman Facebooknya.
Jelas beliau, menerusi ujian saringan itu juga, kerajaan negeri berupaya membantu mengasingkan individu positif COVID-19 daripada menjangkiti orang lain selain menggalakkan mereka menjalani kuarantin kendiri.
Amirudin berkata keadaan semasa jangkitan COVID-19 di Selangor adalah masih terkawal dan kerajaan negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di sembilan daerah di negeri ini untuk memberi maklum balas serta nasihat kepada individu positif.
"Menerusi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Selgate Corporation dan SelCare, kami akan menambah perkhidmatan di CAC untuk memberi maklum balas lain kepada masyarakat supaya mereka tahu ia (penularan COVID-19) masih boleh dikawal menerusi aktiviti harian sendiri khususnya melalui program kuarantin kendiri," katanya.
Justeru katanya, dengan usaha dan ikhtiar dilakukan kerajaan negeri termasuk penyediaan bantuan untuk rakyat menerusi 'Pakej Kita Selangor', ia diharap akan mampu meringankan tugas semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021
AMIRUDIN: Kami sasarkan 50,000 lagi ujian saringan akan dijalankan untuk membantu Kementerian Kesihatan mengenal pasti kes positif di Selangor. - Gambar fail
Wartawan Malaysia nyaris terkandas, protes tutup jalan
Kumpulan wartawan Malaysia termasuk Astro AWANI yang berada di Islamabad bagi membuat liputan Lawatan Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan, hampir terkandas malam Sabtu.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar atlet masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Ruang tambahan latihan bahasa Cina dan Tamil
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada bahasa kebangsaan.
AWANI Borneo [06/10/2024] – Pan Borneo Sabah | Pelan mitigasi | Peka B40
Tumpuan Awani Borneo 6 Okt 2024 bersama Assim Hassan
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
Merokok di premis: Tegur dengan tegas, elakkan bergaduh - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhan.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Usaha pembangunan Sabah yang dilaksanakan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan menjadi kayu pengukur penting untuk dinilai pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 dalam usaha untuk membasmi jurang kemiskinan.
Tingkatkan kesedaran kesihatan buat golong kurang berkemampuan
Penduduk Sandakan khususnya di kawasan Elopura menyifatkan program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) sebagai satu usaha yang perlu diteruskan.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
Belanjawan Selangor 2025 dibentang pertengahan November - MB
Belanjawan Selangor 2025 yang sepatutnya dibentangkan pada 8 November diubah kepada pertengahan November depan.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Pembukaan pasar raya itu kesinambungan daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran PKPS sejak Ogos 2022 supaya rakyat mempunyai akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
Kompleks Islam Wira Damai bakal beri manfaat 10,000 penduduk
Amirudin berkata, projek di bawah kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu didirikan di atas tanah seluas 4.249 hektar dan dijangka siap awal tahun 2027.