Firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pada 14 Januari yang mendakwa bahawa penjualan ekuiti 60 peratus 1MDB dalam projek pembangunan Bandar Malaysia melanggar perjanjian terbitan sukuk.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR mendakwa ia sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja pemindahan dan naik taraf beberapa pangkalan tentera dan polis.
Pada Isnin, Rafizi menggesa Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk menuntut semula RM1.5 bilion daripada 1MDB selepas syarikat pelaburan milik negara itu dikatakan melanggar syarat-syarat perjanjian sukuk.
Kata 1MDB, jawapan balas tidak diberi kepada Rafizi memandangkan kenyataan yang dikeluarkan bersifat pengulangan yang sama sekali salah dalam pelbagai hal.
“Rafizi membayangkan bahawa segala dakwaannya benar memandangkan tiada kenyataan balas dari 1MDB, hakikatnya 1MDB tidak bertindak balas terhadap kenyataan ‘separuh masak’ dan salah, terutamanya dari seseorang yang mempunyai rekod buruk seperti Rafizi yang berulang kali membuat dakwaan salah dalam pelbagai hal bukan sahaja 1MDB malah perkara yang diketengahkan kepada semua rakyat Malaysia,” jelas 1MDB dalam kenyataan rasmi pada Isnin.
Oleh itu, 1MDB telah memberi penjelasan tertentu di bawah:
Sukuk Bandar Malaysia
- Sukuk Bandar Malaysia terdiri daripada empat bahagian berbeza, yang dikeluarkan pada Februari dan November 2014, dengan nilai pokok pada tarikh pengeluaran bernilai RM1.5 billion; ini merupakan nilai tunai yang diraih oleh 1MDB dari pelabur sukuk.
- Sukuk tersebut dibentuk sebagai “kupon hampir sifar” (near zero coupon) iaitu pulangan tunai dari keuntungan sukuk pada kadar 0.35 peratus setiap tahun. Baki kadar keuntungan ini tidak dibayar secara tunai tetapi terakru dan ditokok kepada nilai pokok yang belum dijelaskan setiap tahun.
- Ini menghasilkan nilai pokok terakhir pada tempoh matang di antara tahun 2021 hingga 2024 pada RM2.4 billion, dengan kadar keuntungan efektif di antara 5.85 hingga 6.05 peratus.
- Perolehan sukuk yang telah diguna berlandaskan terma perjanjian program sukuk, yang membenarkan pelbagai perbelanjaan: pembiayaan sebahagian kos projek pemindahan Pengkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), pra-pembiayaan fi dan perbelanjaan program Sukuk, pembiayaan syarat kewangan akaun rizab dan spesifikasi modal kerja 1MDB Real Estate Sdn Bhd (kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd)
- Jelas sekali perolehan sukuk boleh digunakan untuk tujuan selain pemindahan PUKL.
- Bagi penjualan 60 peratus kepentingan kepada Konsortium IWH-CREC, beberapa kenyataan media 1MDB telah menjelaskan pemindahan pegangan saham tersebut tertakluk kepada keizinan yang perlu diperoleh, dan salah satu syarat untuk melengkapkan pemindahan ialah kebenaran pemegang sukuk. Sehingga semua syarat ini dipenuhi, tidak ada pegangan dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd akan berpindah dan oleh kerana itu, tidak berlaku pelanggaran atau kegagalan di bawah dokumen Sukuk.
Projek Penempatan Semula PUKL
- Pada Jun 2011, satu Perjanjian Pembangunan dan Penempatan Semula telah dimeterai antara Kerajaan dan 1MDB, dengan jumlah kos projek sebanyak RM2.7 bilion, yang terdiri daripada pengambilalihan baru tanah, pembinaan bangunan baru, perolehan peralatan dan penempatan semula kakitangan dan kemudahan, bagi 6 juta kaki persegi pembinaan, iaitu tiga kali ganda daripada dua juta kaki persegi pembinaan kemudahan PUKL yang sedia ada.
- Sebagai balasan untuk 1MDB menjalankan keseluruhan RM2.7 bilion pembangunan dan pembinaan lapan pangkalan baru bagi Kerajaan, Kerajaan bersetuju di bawah Perjanjian Penempatan Semula untuk 1MDB akan membayar balik melalui gabungan bayaran balik tunai dan pemindahan tanah.
- Kerajaan memindahkan kepada 1MDB plot tanah tertentu yang terdiri daripada projek Bandar Malaysia bernilai RM 1.6 bilion, seperti yang ditunjukkan dalam penyata audit kewangan 1MDB. Dua pasangan ‘jenaka’ Tony Pua dan Rafizi sudah pun berulangkali mengakui fakta ini kepada umum.
- Kerajaan telah bersetuju untuk membayar balik, dalam bentuk wang tunai, baki RM 1.1 bilion kos pembinaan, atas kos sebenar yang ditanggung dan tertakluk kepada pengesahan dokumen daripada 1MDB. Fakta ini telah diketahui umum sejak 2012, seperti yang diketengahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Dr. Awang Adek) dalam perbahasan bajet 2012 menggulung sesi bahawa 1MDB akan menanggung RM1.6 bilion daripada jumlah kos pemindahan kem-kem Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Pangkalan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia. Manakala pihak Kerajaan pula akan menanggung RM1.1 bilion daripada jumlah keseluruhan kos tersebut.”
- Sebarang lebihan kos atau penalti akan 100 peratus untuk akaun 1MDB, dengan kos kepada Kerajaan sentiasa kekal pada RM2.7 bilion. Segalanya terpulang kepada 1MDB bagaimana ia membiayai obligasi projek Penempatan Semula PUKL.
- 1MDB kemudiannya mengikat kontrak dengan PPHM (100% dimiliki oleh LTAT) sebagai kontraktor tunggal Turn Key untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan tertentu. PPHM dan lebih 50 Bumiputra sub-kontraktor adalah dan akan kekal sebagai satu-satunya kontraktor Key Turn / sub-kontraktor tanpa mengira pemilikan ekuiti akhirnya kepada Bandar Malaysia. Oleh itu, tidak ada isu keselamatan negara melalui penjualan ekuiti 1MDB dalam projek Bandar Malaysia.
- Rumusan Projek Penempatan Semula PUKL: Adalah jelas dari atas bahawa:
(a) Kos penempatan semula PUKL kepada Kerajaan Malaysia adalah dan masih RM 2.7 bilion dan;
(b) Ia sentiasa menjadi pengetahuan umum, sejak 2012, yang pembayaran semula kepada 1MDB akan berada dalam bentuk tanah (RM 1.6 bilion) dan bayaran balik tunai (RM 1.1 bilion) dan
(c) Tidak ada persoalan mengenai keselamatan negara terkesan apabila kontraktor Turn Key dan sub-kontraktor kekal sama.
“Dari penjelasan yang terperinci di atas, adalah jelas bahawa Rafizi yang silap dalam penegasannya mengenai skandal berkaitan Bandar Malaysia.
“Apa yang menjadi skandal adalah sikapnya yang tidak bertanggungjawab, walaupun menjadi wakil rakyat yang dipilih dan kononnya mahir dalam hal-hal kewangan, tetap membuat tuduhan melulu tanpa merujuk kepada fakta-fakta perkara berkenaan,” jelas 1MDB dalam kenyataan itu.
Astro Awani
Mon Jan 18 2016
![Kenyataan Rafizi berulang kali salah dan tidak bertanggungjawab, kata 1MDB Kenyataan Rafizi berulang kali salah dan tidak bertanggungjawab, kata 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437881732_ONEMDB.jpg)
1MDB menyatakan, pihaknya tidak bertindak balas terhadap kenyataan 'separuh masak' dan salah seperti yang dibuat Rafizi. - Foto Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Barang kemas berkenaan didapati dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
![Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718097764_FahmiFadzil.jpg)
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680061897_TBJHOLOW.jpg)
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
![Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719389753_TBrosmah.jpg)
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
![Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
![Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716984836_NurAidaArifin.jpg)
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.