Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Pengerusi Gerak Malaysia(Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi), Mohd Nazree Mohd Yunus, selesai hari ini apabila Menteri Besar Selangor itu menerima permohonan maaf Mohd Nazree di Mahkamah Tinggi di sini.
Kenyataan permohonan maaf secara terbuka yang dibacakan Mohd Nazree itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.
Terdahulu, Mohd Nazree, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Malaysia berkata beliau memohon maaf kepada Abdul Khalid atas kenyataan yang diberikannya selaku Pengerusi Gerak Malaysia pada sidang media bertarikh 21 Jan 2009 dan 3 Feb 2009.
"Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap plaintif (Abdul Khalid) pada masa akan datang," katanya.
Di awal prosiding, peguam S.N Nair, yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak defendan (Mohd Nazree) akan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.
Selain permohonan maaf, defendan yang diwakili peguam Nurul Atikah Chut Jais juga perlu menyiarkan kenyataan permohonan maaf itu di dalam akhbar Sinar Harian dengan ukuran 15cm x 18cm dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman hari ini.
Abdul Khalid memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Nazree pada 24 Mac 2009 yang mendakwa Menteri Besar Selangor itu telah menggunakan wang kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya Korban tahun itu untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.
Beliau memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan juga injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.
Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Khalid mendakwa bahawa kenyataan itu menjejaskan reputasinya dari segi politik dan jawatannya di dalam kerajaan negeri tanpa defendan membuat semakan terhadap kebenaran di dalam kenyataan yang dikeluarkannya.
Mohd Nazree dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 25 Jun 2009 berkata kenyataan yang dibuatnya adalah berasas dan berdasarkan bukti yang kukuh dalam bentuk dokumen atau apa pun bentuk lain dan defendan akan membuktikan ketika perbicaraan di mahkamah nanti.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Abdul Khalid berkata beliau menerima kenyataan maaf Mohd Nazree yang sanggup mengakui kenyataan beliau terhadapnya adalah tidak benar.
Bernama
Sat Jun 01 2013
![Kenyataan fitnah: Mohon maaf kepada MB Selangor Kenyataan fitnah: Mohon maaf kepada MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365587110_295x200.jpg)
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Aplikasi MySejahtera, apa yang anda perlu tahu Aplikasi MySejahtera, apa yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589039233_mysejahteraa.jpg)
Aplikasi MySejahtera, apa yang anda perlu tahu
Kerajaan memperkenalkan aplikasi MySejahtera bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 dalam negara ini.
![Utamakan keselamatan ketika perjalanan rentas negeri Utamakan keselamatan ketika perjalanan rentas negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578467546_sesakraya.jpg)
Utamakan keselamatan ketika perjalanan rentas negeri
Dijangkakan lebih 300,000 kenderaan pemohon Gerak Malaysia akan bergerak di seluruh negara bermula hari ini hingga Ahad.
![Gerak Malaysia: Mulakan perjalanan ke destinasi? Ini apa anda perlu tahu Gerak Malaysia: Mulakan perjalanan ke destinasi? Ini apa anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588670727_950x600.jpg)
Gerak Malaysia: Mulakan perjalanan ke destinasi? Ini apa anda perlu tahu
Ini beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memulakan perjalanan.
![Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588719224_GerakMalaysia.jpg)
Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman
Orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi itu pada 4, 5 dan 6 Mei, selain memberikan alamat asal dan alamat destinasi yang hendak dituju.
![PKP: Aplikasi 'Gerak Malaysia' boleh mula diakses hari ini PKP: Aplikasi 'Gerak Malaysia' boleh mula diakses hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81587635457_TBRoadblock.jpg)
PKP: Aplikasi 'Gerak Malaysia' boleh mula diakses hari ini
Aplikasi dapat mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.
![PKP: Pergerakan antara negeri 1 hingga 3 Mei PKP: Pergerakan antara negeri 1 hingga 3 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587791910_BERNAMA.jpg)
PKP: Pergerakan antara negeri 1 hingga 3 Mei
Semakan status permohonan itu boleh dibuat pada 1 Mei juga melalui dalam talian.
![Ramadan dalam PKP, normal baharu yang beri hikmah Ramadan dalam PKP, normal baharu yang beri hikmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587607320_KOMPLEKSPKNSSUNYI.jpg)
Ramadan dalam PKP, normal baharu yang beri hikmah
Kali ini, keadaan jauh berbeza, lebuh raya kelihatan lengang, kerana tiada sebarang pergerakan rentas negeri dibenarkan dan orang ramai tidak boleh pulang ke kampung untuk menyambut puasa.
![Hanna Alkaf dan era baru 'walk the talk' Hanna Alkaf dan era baru 'walk the talk'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584930290_hannaalkaf.jpg)
Hanna Alkaf dan era baru 'walk the talk'
Projek ini turut menyediakan pakaian kepada gelandangan, kanak-kanak miskin, warga tua terbiar dan pesakit mental yang terabai. Majoritinya di jalanan.