MEREKA yang terkandas di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dapat pulang ke kediaman masing-masing bermula hari ini (7 Mei) hingga Ahad, melalui pergerakan Gerak Malaysia.

Bagi yang akan memulakan perjalanan, kami senaraikan beberapa peringatan ini untuk anda.


TARIKH PERJALANAN

7 Mei - Dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain di Semenanjung

8 Mei - Dari Perak, Johor dan Kelantan ke negeri-negeri lain di Semenanjung

9 Mei - Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

10 Mei - Dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu


KAWASAN REHAT DAN RAWAT LEBUH RAYA (R&R)

- Tidak dibenar keluar dari kenderaan kecuali untuk menggunakan tandas

- Tandas awam dibuka tetapi orang ramai dinasihat mengamalkan penjarakan sosial

- Tiada sebarang kemudahan jual beli makanan

- Pengguna dinasihat membawa bekal makanan

- Surau juga ditutup


STESEN MINYAK

- Hanya beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam


TOL

- Tambah nilai Touch n' Go menerusi jurutol adalah dilarang

- Pastikan baki kad mencukupi sebelum memasuki lebuh raya

- Tambah nilai boleh dilakukan di stesen minyak, mesin ATM dan kedai serbaneka

Aplikasi Gerak Malaysia

Perkara yang anda perlu tahu ketika rentas negeri

Selamat pulang ke destinasi dan pastikan amalan penjarakan sosial, mencuci tangan serta memakai topeng muka.