Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia telah dimuat turun sebanyak 1.3 juta kali dengan lebih 600,000 permohonan perjalanan antara negeri telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Selasa (4 Mei, jam 12 tengah malam), kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Beliau berkata orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi itu pada 4, 5 dan 6 Mei, selain memberikan alamat asal dan alamat destinasi yang hendak dituju.
“Mohon kerjasama tuan dan puan untuk membuat permohonan ini dengan kadar segera bagi membolehkan polis membuat perancangan dan mengatur penugasan bagi memudahkan perjalanan mereka pada 7 hingga 10 Mei ini.
“Sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini dan permohonan perjalanan antara negeri, orang awam boleh melayari www.gerakmalaysia.gov.my,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata kerajaan telah membenarkan pergerakan antara negeri kepada orang awam yang terkandas di kampung.
Huzir menyeru orang ramai supaya membuat permohonan pergerakan menerusi aplikasi Gerak Malaysia sekiranya mereka ingin pulang ke kediaman masing-masing.
Selain itu, beliau berkata, bagi penguna IOS, mereka diminta mendaftar permohonan mulai 7 Mei, sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Permohonan pergerakan antara negeri juga boleh dibuat secara manual iaitu pemohon dikehendaki memuat turun ‘Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)' dari laman Facebook PDRM atau boleh mengisinya di balai polis berhampiran melalui temu janji untuk dapatkan kebenaran ketua balai polis berkenaan,” jelasnya.
Beliau berkata satu sidang media akan diadakan pada pukul 3 petang esok mengenai perkembangan pergerakan antara negeri berkenaan.
Ahad lepas, lebih 1.2 juta individu telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia bagi melakukan pergerakan rentas negeri dan daripada jumlah itu sebanyak 503,276 individu telah memohon permit berkenaan sejak 25 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020

Ahad lepas, lebih 1.2 juta individu telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia bagi melakukan pergerakan rentas negeri dan daripada jumlah itu sebanyak 503,276 individu telah memohon permit berkenaan sejak 25 April. --fotoBERNAMA
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman
Orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi itu pada 4, 5 dan 6 Mei, selain memberikan alamat asal dan alamat destinasi yang hendak dituju.

PKP: Pergerakan antara negeri 1 hingga 3 Mei
Semakan status permohonan itu boleh dibuat pada 1 Mei juga melalui dalam talian.